PPK Nafi Gondol Hutan, Buli Orang Asli

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 3:31 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Persatuan Pembalak Kelantan (PPK) menafikan pihaknya menggondolkan Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang dan membuli penduduk Orang Asli di kawasan itu.

Presidennya P.K Lim berkata Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd mendapat konsesi untuk menjalankan aktiviti pembalakan di HSK itu secara sah dan mematuhi syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata ketegangan yang timbul antara pembalak dan sekumpulan Orang Asli pada Rabu lepas adalah berikutan operasi bersepadu yang dijalankan membabitkan PPK, Jabatan Perhutanan Kelantan, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kehadiran semua agensi itu adalah bagi melakukan perbincangan selepas Orang Asli membina halangan di laluan ke kawasan HSK Balah bagi menghalang pengeluaran kayu balak dari kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Kumpulan Orang Asli itu dilaporkan membuat sekatan bagi menghalang pengeluaran balak dan tindakan pembalak merobohkan sekatan itu sehingga mencetuskan kekecohan.

Penduduk Orang Asli berkenaan mendakwa kawasan antara Pos Tohoi dan Pos Simpor, Gua Musang itu adalah tanah nenek moyang mereka yang diceroboh pembalak manakala pembalak pula mendakwa mereka mempunyai lesen sah untuk melakukan kerja pembalakan.

Lim berkata dalam operasi bermula 2.30 petang Rabu lepas, pihaknya cuba berunding dengan kumpulan Orang Asli terbabit tetapi tidak berhasil, malah mereka menegaskan kawasan hutan itu adalah milik nenek moyang atau tanah adat mereka.

"SPRM, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan turut memberi penjelasan mengenai perkara ini kepada mereka, namun rundingan itu tidak mencapai kesepakatan sehinggalah keputusan meroboh pagar halangan keluar masuk yang dibina secara tidak sah oleh Orang Asli dilakukan," katanya.

"Sebenarnya masalah seumpama ini sudah berlarutan sejak enam bulan lalu yang mana syarikat pembalakan gagal mengeluarkan hasil selepas sekatan jalan dilakukan.

"Sebelum ini, kami berjaya melakukan rundingan secara muafakat tetapi kali ini ia gagal kerana kami percaya ada dalang di sebalik kumpulan Orang Asli yang membuat bantahan itu," katanya, sambil menambah pihaknya telah membuat laporan polis supaya masalah berkenaan diselesaikan sebaik mungkin. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PPK , HSK , SPRM , gondol hutan

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan