Pertembungan Bersih-Baju Merah Boleh Cetus Rusuhan

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 4:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bersih 2.0 dan 'Baju Merah' diberi amaran supaya tidak turun ke jalan laya pada hari yang sama kerana ia boleh membawa kepada rusuhan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau mengingatkan kedua-dua pihak supaya bersikap rasional dengan tidak menyakiti perasaan satu sama lain kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang agama dan kaum.

"Itulah masalahnya apabila satu pihak melakukan sesuatu yang menyakitkan perasaan pihak yang lain...akan ada reaksi balas.

"Orang ini menyakitkan perasaan orang yang lain dan akhirnya ia mungkin menjadi rusuhan. Jadi anda perlu berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen eNTERWIP 2.0 & TechnoFest 2016 pada Sabtu.

Beliau diminta mengulas mengenai rancangan kumpulan 'Baju Merah' dan perhimpunan jalanan Bersih 5 yang akan diadakan pada 19 November depan.

Berhubung dakwaan Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos bahawa fahaman militan IS telah meresapi Bersih 2.0, Tengku Adnan berkata polis perlu menyiasat mengenai perkara itu.

"Polis perlu semak apa yang dia (Jamal) kata.

"Ada orang di luar sana yang ingin menghancurkan negara kita. Kita percaya dengan konsep perpaduan dalam kepelbagaian," kata Tengku Adnan.

Tags / Kata Kunci: Baju Merah , Bersih 5

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan