Penyokong 'Baju Merah' Didakwa Halang Jelajah Bersih 5

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 2:54 PM

(Ubah saiz teks)

MANJUNG: Kira-kira 1,000 penyokong 'baju merah' berkumpul untuk membantah pelancaran jelajah perhimpunan Bersih 5 di sini, Sabtu.

Penyokong 'baju merah' dilihat tiba-tiba berkelakuan agresif terhadap kira-kira 200 penyokong 'baju kuning' kira-kira pukul 9.30 pagi di Jeti Lumut.

Tindakan itu menyebabkan penyokong 'baju kuning' bersurai dan mengadakan konvoi ke bandar Ayer Tawar dan Teluk Intan dengan membawa bersama bendera Bersih 5.

Penganjur perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos berkata mereka berjaya menggagalkan rancangan Bersih 5 untuk berkumpul di Manjung dan Sitiawan dengan menegaskan mereka akan terus membantah perhimpunan tersebut.

"Apa yang mereka (baju kuning) buat pada hari ini tidak membawa kebaikan kepada semua.

"Setiap kali Bersih mahu mengadakan perhimpunan ini, kami akan melakukan apa sahaja untuk menghalang mereka daripada menghasut rakyat," katanya pada sidang media selepas perhimpunan tersebut.

Menjelang perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November ini, Jamal mengingatkan penyokong (baju kuning) bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak agresif demi mempertahankan demokrasi berperlembagaan.

Sementara itu, penyokong Bersih 5, Thomas Su yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata penyokong 'baju merah' bertindak di luar batas undang-undang.

Jelajah kami sebenarnya satu perhimpunan aman bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan mendapatkan sokongan  rakyat untuk menyertai perhimpunan pada 19 November ini.

"Namun apa yang kami lihat, penyokong baju merah sukar dikawal dan berkelakuan agresif. Mereka menunggang motosikal dan menendang kenderaan kami. Mereka juga mencabut bendera kami," katanya.

Tags / Kata Kunci: Baju Merah , Baju Kuning , Bersih 5

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan