Pembaca The Star Meningkat 18%

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 1:24 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: The Star terus menjadi akhbar harian berbahasa Inggeris pilihan rakyat Malaysia terutamanya di kalangan belia pada hari ini berdasarkan kaji selidik terbaharu Nielsen.

Menurut kaji selidik penyelidikan pengguna dan media itu, bilangan pembaca harian The Star mencatatkan peningkatan hampir 18% kepada 1.4 juta pembaca dari Julai 2015 hingga Jun tahun ini, berbanding 1.185 juta pada tahun lalu.

Bilangan pembaca minggu akhbar tersebut meningkat 12% dari 1.548 juta kepada 1.734 juta.

Dalam tempoh itu juga, Sunday Star turut menunjukkan peningkatan dari segi bilangan pembaca sebanyak 13% kepada 1.254 juta berbanding 1.109 juta pada tahun sebelumnya.

Peningkatan ketara dilihat dalam kalangan pembaca berumur antara 15 hingga 24 tahun bagi akhbar tersebut dengan kenaikan 69% kepada 269,000 berbanding 159,000 pada tahun lalu.

Dari segi capaian di kalangan penduduk di Semenanjung Malaysia, akhbar tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 8% berbanding 7% pada tahun lalu.

Hasil kajian itu menunjukkan peningkatan tersebut didorong pengikut yang ramai di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Ipoh (+37.7%) dan di kalangan mereka yang berpendapatan bulanan lebih RM5,000 (+34.8%).

Tags / Kata Kunci: The Star , pembaca

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan