Lebih 3,000 Banjiri Karnival Sekolah BSN Di SKDSK Seri Manjung

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 6:19 PM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Padang Sekolah Kebangsaan Dato' Seri Kamaruddin di Seri Manjung, Perak sesak dengan lebih 3,000 pengunjung apabila dipilih sebagai lokasi penganjuran Karnival Sekolah BSN 2016.

Acara yang julung kali diadakan pada Sabtu ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti serta permainan, khusus untuk penduduk setempat.

BSN mengambil inisiatif menganjurkan program itu bagi membantu sekolah terpilih di setiap negeri menambah dana melalui jualan amal dan aktiviti menerusi program itu.

Pengarah Perniagaan BSN Perak, Mazlan Mat Jalil berkata, BSN menaja RM5,000 untuk melaksanakan karnival itu, selain tambahan RM5,000 lagi bagi pertandingan mencungkil bakat dan mewarna.



"Hadiah wang tunai untuk pertandingan itu akan dimasukkan terus ke akaun BSN pemenang," katanya.

Beliau berkata, menerusi inisiatif tanggungjawab sosial BSN ini, ia diharap dapat memperkasa tabiat menyimpan di kalangan pelajar sekolah terutama menerusi kelab simpanan BSN, BSN Smart Junior dan Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP).

"BSN akan sentiasa memberi penekanan untuk mendidik generasi muda memahami kepentingan menyimpan dan berjimat cermat.

"BSJ dan SGSP adalah platform terbaik untuk anak-anak menyimpan wang kerana ia bukan sahaja memberi pulangan dalam bentuk dividen, malah kelebihan serta keistimewaan seperti insurans dan hadiah pertandingan yang lumayan," katanya.

Karnival Sekolah BSN 2016 akan berlangsung selama lapan bulan bermula pada April hingga November melibatkan 52 sekolah terpilih melibatkan tajaan RM10,000 setiap sekolah.

Progam ini dirasmikan Pengarah Urusan TNB Janamanjung Sdn Bhd, Datuk Shamsul Ahmad.



Turut hadir, Pengurus Bahagian Deposit Jabatan Peruncitan dan Perniagaan Komuniti BSN, Asri Musadad Zulkifli; Guru Besar, Samsuddin Sabri serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Mohd Noor Hashim.

Sementara itu, Mohd Noor berharap menerusi program itu, matlamat untuk menggalakkan budaya menyimpan wang di kalangan pelajar dicapai, sekali gus mengumpul dana untuk sekolah dan pihak PIBG.

"Tanpa kerjasama dan kesepakatan padu semua pihak, tentunya hasrat untuk menjayakan karnival ini sukar dicapai kerana ia penting dalam usaha meningkatkan mutu pelajaran dan pembelajaran murid.

"Sebagai tulang belakang dalam menggerakkan kecemerlangan pelajar, PIBG percaya hanya menerusi kerja keras dan kerjasama semua pihak dapat membantu sekolah serta memenuhi keperluan pelajar berpotensi," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan