Jangan Tempah Baju Politik Awal - Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 9:01 PM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin bahagian untuk tidak terlalu memikirkan kedudukan dalam parti sebaliknya perlu fokus kepada kemenangan parti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden Umno itu berkata beliau sedar ada segelintir daripada ketua bahagian yang bercita-cita untuk menempah jawatan tertentu dalam parti dan bukannya mengutamakan kemenangan parti.

"Ada yang sudah menempah baju politik dan jalan bergaya dan meletakkan diri dalam kepimpinan bahagian. Saya menasihatkan mereka ini agar tidak terlampau bercita-cita kerana kelak akan menimbulkan kekecewaan jika tidak dipilih sebagai calon," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Simpang Renggam di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam, di sini hari ini.

Ahmad Zahid menjelaskan mereka yang mempunyai jawatan di peringkat bahagian belum tentu akan dipilih sebagai calon pada PRU akan datang kerana parti hanya akan memilih calon yang disukai dan boleh membawa kemenangan pada parti.

Beliau berkata kaedah baharu yang akan digunakan oleh parti bagi memilih calon bukan hanya menerusi laporan sebaliknya menerusi tinjauan yang akan dilakukan secara rahsia.

Justeru itu, semua anggota Umno digesa berkerja keras bermula hari ini bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang, katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid turut menyuarakan keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mentadbir kerajaan negeri dan Umno negeri pada masa sekarang dan akan datang.

"Dengan kepercayaan terhadap kemampuan Mohamed Khaled membina acuan sendiri dalam mentadbir negeri dan Umno Johor, saya akan terus membantu Umno Johor selagi dipercayai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Menurut beliau, hanya orang Johor sahaja dapat memahami citarasa Johor.

Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan bangunan baharu Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam.

Selain Mohamed Khaled, turut hadir Ketua Umno Bahagian Simpang Renggam Datuk Abd Hamid Abd Rahman, Pengerusi Biro IT Umno dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , Umno

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan