Aplikasi 'Food Heaven Kampong Baru' Mudahkan Pengguna

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 10:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai kini boleh mencari destinasi makanan terbaik di Kampung Baru di sini menerusi aplikasi telefon pintar, 'Food Haven Kampong Baru'.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata menerusi aplikasi itu, orang awam dapat mencari maklumat mengenai restoran atau gerai makanan yang menyediakan menu untuk sarapan, makanan tengah hari dan makan malam yang diingini di sekitar Kampung Baru.

"Aplikasi ini juga bersifat interaktif di mana orang ramai boleh membuat penarafan (rating) mengenai mutu dan kualiti makanan di sini (Kampung Baru).

"Ini membolehkan kami membuat penambahbaikan dalam pelbagai aspek antaranya dari segi kualiti makanan dan kualiti kebersihan premis," katanya sebelum melancarkan aplikasi itu di Festival Makanan Melayu Kampung Baru, di sini pada Sabtu.

Turut hadir Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) Datuk Affendi Zahari.

Tengku Adnan berkata aplikasi itu, yang disediakan oleh PKB, boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan setiap pilihan restoran turut disediakan kemudahan peta bagi membolehkan pengguna mendapat akses ke premis itu.

Mengenai festival itu, beliau berkata program itu yang dianjurkan selama dua hari bermula hari ini dilihat dapat meningkatkan sosio ekonomi masyarakat Kampung Baru selaras dengan hasrat dan agenda Kementerian Wilayah Persekutuan dalam memperkasa ekonomi bumiputra.

"Kampung Baru mempunyai keunikan tersendiri khususnya dalam konteks sajian makanan Melayu dan menerusi festival ini, ia berupaya mempromosikan makanan tradisi nenek moyang kita bukan sahaja kepada masyarakat tempatan malah pelancong luar," katanya.

Sementara itu, Affendi berkata PKB bercadang menyediakan kemudahan laluan pejalan kaki dikenali sebagai 'Saloma Link' sepanjang 500 meter yang menghubungkan pengguna dari Kampung Baru menuju ke Jalan Ampang dan sebaliknya.

"Bagaimanapun, ia masih di peringkat awal perbincangan dengan pihak kementerian Wilayah Persekutuan dan saya yakin dengan kemudahan akses ini ianya akan menarik lebih ramai jumlah pelancong tempatan dan luar negara ke Kampung Baru," katanya.

Tags / Kata Kunci: Food Haven Kampong Baru

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan