Kawal Selia Dana Politik Perlu Sokongan Semua Parti - PM

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2016 8:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno dan Barisan Nasional (BN) secara prinsip bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) untuk mengawal selia dana dan sumbangan politik menerusi perundangan baharu.

Walau bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan itu harus dipersetujui bersama oleh pihak pembangkang.

"Umno pada prinsipnya dah lama setuju kerana ia diperjuangkan oleh kerajaan.

"Ini bukan perkara baharu malah sebelum pilihan raya dulu lagi saya sebutkan bahawa kita perlukan kaedah dana politik yang baharu, lebih telus dan boleh dipantau oleh pihak yang objektif dan neutral.

"Kita perlu menyokong kaedah baharu ini dan ia perlu disokong kedua-dua pihak. Tak adil kalau BN sahaja dikenakan peraturan baharu. Ia mesti dikuatkuasakan kepada semua parti politik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, Jumaat.

Namun menurut Najib, cadangan berkenaan perlu dikaji dengan lebih mendalam termasuk kemungkinan melakukan beberapa penambahbaikan mengenainya.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low berkata, JKNMPP akan menyarankan kepada kerajaan untuk membentangkan perundangan baharu itu menerusi Akta Perbelanjaan dan Sumbangan Politik.

Antara cadangan yang dikemukakan adalah akaun parti politik diaudit dan dana lebih RM3,000 perlu diisytiharkan.


Tags / Kata Kunci: dana politik , Paul Low , Umno , BN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan