Dana Politik Lebih RM3,000 Setahun Perlu Diisytihar - Paul Low

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2016 2:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dana dan sumbangan untuk tujuan politik akan dikawal ketat susulan cadangan mewujudkan undang-undang baharu bagi menangani isu melibatkan aspek kewangan institusi berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low berkata, Jawatankuasa Perunding Negara berkaitan Dana Politik telah menyarankan kepada kerajaan untuk membentangkan perundangan baharu itu menerusi Akta Perbelanjaan dan Sumbangan Politik.

"Adalah jelas kita masih kekurangan daripada segi pengawalan dana politik.

"Kita perlukan undang-undang yang sesuai kerana wujudnya peningkatan perbelanjaan dana politik.

"Tadbir urus negara tidak dapat ditangani dengan baik jika kita tidak mengamalkan politik berintegriti dan untuk itu kita perlukan perundangan untuk mengawal dana politik," katanya ketika mengumumkan 32 fakta yang disarankan jawatankuasa berkenaan di Institut Integriti Malaysia di sini, Jumaat.

Antara cadangan itu, termasuk mewujudkan pejabat Pengawal Perbelanjaan dan Sumbangan Politik yang akan melaporkan secara langsung kepada Lembaga Gabenor di mana ahlinya tidak terlibat dalam politik.

Selain itu, penubuhan jawatankuasa di peringkat parlimen.

"Kami juga menyarankan wang tunai yang didermakan daripada sumber asing kepada parti politik atau ahli politik diharamkan.

"Kami tidak mahu pengaruh asing dalam institusi politik tempatan sebagai antara usaha untuk mempertahankan maruah negara," katanya.

Katanya, ketika ini, sumbangan yang diterima turut digunakan untuk tujuan peribadi, bukan untuk manfaat parti politik.

Akaun parti politik, kata Low, perlu diaudit oleh akauntan bertauliah dan diserahkan kepada badan  pengawal.

"Wang yang didapati diperoleh daripada sumber yang tidak diketahui akan disita dan digunakan untuk kegiatan yang boleh mengukuhkan demokrasi di negara ini.

Dana sumbangan politik meliputi derma dalam bentuk wang tunai atau barangan melebihi RM3,000 setahun dan ia perlu diisytiharkan kepada badan pengawal.

Kata Low, kertas cadangan itu akan dibentangkan untuk perhatian Kabinet dalam masa dua minggu.

Bagaimanapun, katanya, perundangan baharu ini tidak akan dapat dikuatkuasakan menjelang pilihan raya umum akan datang kerana ia mengambil masa lama untuk diluluskan.




Tags / Kata Kunci: Paul Low , politik , parlimen

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan