ATM Siasat Kemungkinan Ada Dalang Dedah Maklumat Operasi Esscom

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2016 4:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyiasat kemungkinan ada pihak membocorkan maklumat pengoperasian pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pihaknya memandang serius kebimbangan yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara itu sehingga kes penculikan kerap berlaku di kawasan perairan terbabit.

"Saya berharap pihak Esscom melihat dan mengkaji serta menilai pandangan (timbalan perdana menteri) kerana insiden culik yang berlaku pada Selasa lepas mempunyai banyak kebetulan.

"Pemilik bot secara kebetulan berada atas bot untuk turut serta menangkap ikan ketika insiden itu berlaku, kebiasaannya pemilik bot tidak ikut serta dan pendapat kami (ATM) sudah tentu pihak penculik mendapat maklumat tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai Kanan ATM dan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Bersama di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini, Jumaat.

Ditanya adakah maklumat itu dibocorkan oleh pihak dalaman ataupun orang awam, beliau berkata pihaknya perlu menjalankan siasatan terlebih dahulu mengenai perkara itu.

"Tidak mungkin (penculik) terus ada sasaran dan saya sendiri percaya mungkin ada (dalang) bersembunyi serta merancang penculikan.

"Sama ada terdapat pihak bersekongkol atau (penculik) mendapat maklumat dari pihak lain (dalaman), kami akan siasat dahulu perkara itu," katanya.

Zulkifeli turut mengingatkan anggota tentera yang bertugas di bawah Esscom untuk mengambil perhatian akan perkara itu.

"Kami tidak mahu aktiviti kebocoran maklumat dan lain-lain terjadi dan pihak Esscom sendiri telah menjalankan siasatan mengenai perkara ini," katanya.

Pada 28 Sept, Ahmad Zahid meluahkan kebimbangan kemungkinan terdapat pihak yang mendedahkan kaedah pengoperasian pasukan keselamatan ESSCom sehingga kes penculikan kerap berlaku di kawasan perairan terbabit.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tindakan sedemikian akan membuka kepada pihak musuh ruang dan waktu untuk bertindak.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam pada Selasa (27 Sept), Ruslan Sarapin, 39, diculik enam lelaki bersenjata api ketika menangkap ikan bersama-sama 26 lagi anak kapalnya di perairan berkenaan.

Kumpulan lelaki bersenjata api yang sama kemudian merompak sebuah lagi kapal nelayan yang dinaiki 19 anak kapal di perairan Tungku, Lahad Datu, setengah jam selepas rompakan pertama.

Pada majlis berkenaan, Panglima Dua Divisyen Leftenan Jeneral Datul Fadzil Mokhtar dilantik sebagai Panglima Angkatan Bersama yang baharu menggantikan Leftenan Jeneral Datuk Shahrani Mohd Sany yang bersara. 

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan