SFC Bunuh Buaya Jantan Di Sungai Samarahan

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2016 6:56 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA SAMARAHAN: Pasukan Tindakan Cepat Hidupan Liar (SWAT) Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) memusnahkan seekor buaya jantan bersaiz besar pada hari ketujuh operasi membunuh reptilia itu di Sungai Samarahan pada Khamis.

SFC dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, operasi itu tertumpu di Sungai Samarahan sebagai tindak balas kepada serangan buaya di Kampung Baru dan Kampung Pinang pada pertengahan September. 

"Operasi itu meliputi kawasan perairan Kampung Pinang sehingga ke Kampung Endap di sepanjang Sungai Samarahan. Kami memulakan operasi Jumaat lalu, 23 Sept, 2016 dan walaupun dapat tangkap, kami akan terus memantau keadaan buat beberapa hari lagi," kata kenyataan itu.

SFC berkata SWAT menyediakan 14 mata kail sekitar kawasan lapan kilometer dari lokasi berdekatan Kampung Pinang di mana mangsa kedua, Ismandi Osman dilaporkan hilang.

"Buaya yang dapat kami musnahkan semalam berukuran 2.9 meter (9.5 kaki). Bagaimanapun, mayat manusia tidak ditemui apabila perut reptilia itu dipotong dan isi perutnya diperiksa," menurut kenyataan tu.

Menurut kenyataan SFC, operasi di Sungai Samarahan akan diteruskan hujung minggu ini dengan harapan untuk memusnahkan lebih banyak buaya yang lebih besar yang dianggap sebagai berbahaya kepada manusia.

"Pemantauan perairan di kawasan ini akan kerap dijalankan bagi meredakan kebimbangan penduduk terhadap reptilia terbabit.

SFC juga menasihatkan orangramai yang tinggal berdekatan Sungai Samarahan supaya lebih berhati-hati apabila berada di sungai itu," kata kenyataan itu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Buaya janta , sungai samarahan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan