Nur Sakinah Selamat, Pulang Ke Bilik Kediaman Di Perancis - Ibu

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 5:41 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Pelajar Malaysia yang hilang di Paris sejak Jumaat lalu, Nur Sakinah Naim, 19, dilaporkan selamat dan pulang ke bilik kediamannya di Perancis pada tengah hari Rabu.

Ibunya, Nor Halizah Ahmad, 43, berkata khabar gembira tersebut disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang datang ke rumahnya sebentar tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di rumahnya di Kampung Masjid, Tikam Batu di sini, Rabu.

Tags / Kata Kunci: Nur Sakinah Naim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan