Rakyat Prihatin, Legoland Malaysia Tunaikan Impian Pesakit Kanser

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 7:30 AM

Muhammad Danish dihiburkan maskot watak popular Lego semasa kunjungan Legoland Malaysia Resort dan Lego Malaysia ke kediamannya pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Legoland Malaysia Resort dan Lego Malaysia pada Rabu bekerjasama dengan sekumpulan rakyat Malaysia prihatin menyampaikan hadiah Lego kepada pesakit kanser Muhammad Danish Maarif, 11, di kediamannya di Kuala Selangor.

Pengurus Besar Interim Legoland Malaysia Resort Young Pil Kim berkata Muhammad Danish sukakan Lego dan satu daripada impian terbesarnya adalah ingin melawat Legoland Malaysia Resort.

Bagaimanapun, doktor menyatakan keadaan beliau tidak mengizinkan untuk sebarang perjalanan selepas kanser merebak ke seluruh badannya dan beliau dibawa pulang ke rumah untuk berehat.

"Walaupun tidak dapat membawa beliau ke Legoland Malaysia Resort, kami berharap dapat membawa Legoland Malaysia Resort kepadanya. Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang terlibat membantu Muhammad Danish dan membawa perkara ini kepada pengetahuan orang ramai," katanya dalam kenyataan Rabu.

Kisah tentang seorang pesakit kanser berusia 11 tahun mendapat perhatian umum setelah sekumpulan rakyat Malaysia yang diketuai Wan Shahriza Wan Ab Rahman memuat naik kisah itu menerusi akaun Facebook beliau.

Muhammad Danish disambut maskot watak popular Lego seperti Lego Darth Vader, Lego Builder, Lego Policeman serta permainan Lego yang disumbangkan oleh Legoland Malaysia Resort.

Pasukan itu turut menghias bilik pesakit kanser tersebut dengan barangan bertemakan pengembaraan untuk menjadikannya seperti bilik di Hotel Legoland. - BERNAMA


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan