KPT Draf Pelan Bantu Peminjam Bayar PTPTN

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 11:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merumuskan pelan untuk membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyelesaikan pinjaman pelajaran mereka.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata sebelum membantu peminjam, kementerian perlu menilai keadaan mereka bagi mengenal pasti peminjam yang benar-benar menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran balik atau mereka yang sengaja enggan berbuat demikian.

"Saya akan rumuskan versi saya sendiri, pelajar boleh datang berjumpa saya (Idris)... kami akan draf cara untuk membantu mereka (peminjam) membayar balik pinjaman PTPTN mereka, saya adalah alternatif mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Pelajar 2016 di Help College of Arts and Technology (HELP CAT), di sini, Khamis.

Idris, bagaimanapun, menegaskan peminjam pada masa sama perlu terus membuat pembayaran balik pinjaman mereka kepada PTPTN ketika pelan sedang dirumuskan.

Ditanya mengenai jumlah peminjam yang telah menghubungi kementerian setakat ini bagi mendapatkan bantuan, Idris berkata beliau secara peribadi telah menerima kira-kira 30 e-mel daripada peminjam yang berdepan kesukaran untuk membayar balik pinjaman mereka.

Setakat Julai tahun ini, terdapat 2.49 juta pemimjam PTPTN di seluruh negara sejak badan itu ditubuhkan pada 1997.

Sebelum ini dilaporkan Kementerian Pendidikan Tinggi menyasarkan kutipan balik pinjaman sebanyak RM3 bilion menjelang akhir tahun ini susulan sasaran bayaran balik pinjaman sebanyak RM2 bilion diunjurkan bagi tahun ini telah dicapai.

Terdahulu, dalam ucaptamanya, Idris berkata Seminar Kepimpinan Pelajar 2016 menyediakan peluang kepada pemimpin pelajar daripada pelbagai institusi swasta untuk membina rangkaian antara satu sama lain dan meningkatkan kemahiran kepimpinan mereka.

Seminar dua hari bermula hari ini dihadiri 800 pemimpin pelajar daripada pelbagai kolej dan universiti swasta di sekitar Lembah Klang.

Tags / Kata Kunci: KPR , PTPTN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan