MH17: Malaysia Tuntut Tindakan Tegas - Najib

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 10:28 PM

(Ubah saiz teks)

WISMAR (Jerman): Malaysia mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pasukan siasatan bersama telah membuat kesimpulan bahawa MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu buatan Rusia dan tembakan itu dilepaskan dari kawasan yang dikuasai pemberontak.

"Berdasarkan dua dapatan ini, Malaysia mahu tindakan tegas diambil. Kami telah berjanji bahawa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat ini akan dibawa ke muka pengadilan," katanya kepada media Malaysia di sini, Rabu.

"Ini janji kami kepada keluarga. Keluarga mahu keadilan. Maka kami akan mengusahakannya," katanya.

Malaysia, katanya, akan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan Belanda dan Australia untuk membincangkan langkah selanjutnya.

"Kami perlu pastikan bahawa pihak yang bertanggungjawab itu mendapat hukuman setimpal," katanya.

MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , MH17 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan