Pos Malaysia Lancar Setem Definitif Antarabangsa

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 3:08 PM

Setiausaha Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Postal dan Courier Pos Malaysia, Tengku Ayu Munirah Tengku Ab Rahman menunjukkan Setem Siri Definitif Antarabangsa pada majlis memperkenalkan setem itu di Pos Malaysia pada 28 September 2016. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan setem “Siri Definitif Antarabangsa” pada 1 Oktober ini di Ibu Pejabat Pos Besar di sini sempena Minggu Setem 2016.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia, Diyana Lean Abdullah berkata, bagi peminat dan pengumpul setem di negeri lain, siri setem itu akan dijual secara berperingkat iaitu di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada 3 Oktober.

Jelasnya, siri khas itu yang mempunyai perkataan "Antarabangsa" akan dijual di seluruh negara pada 4 Oktober dan boleh digunakan bagi urusan penghantaran surat ke luar negara.

"Siri ini menampilkan lapan denominasi setem melibatkan jumlah 650,000 keping terdiri daripada setem Perayaan dengan nilai 10 sen, Buah-Buahan Tempatan (20 sen), Hidupan Liar (50 sen), Perpaduan (RM1), Tempat Ibadat (RM2), Bangsa Kita (RM5), Flora (RM10), dan Kraftangan (RM20).

"Keluaran siri setem kali ini mempamerkan Malaysia sebagai wadah yang kaya dengan kepelbagaian budaya, flora dan fauna, kesenian serta kreativiti dan yang paling utama adalah perpaduan bangsa," katanya dalam sidang media di sini Rabu.

Bagaimanapun Diyana berkata, pengeluaran setem edisi khas ini adalah terhad dan pelanggan boleh mendapatkannya selagi stok masih ada.

“Penjualan setem tersebut adalah terhad sebanyak 120,000 keping bagi rekaan setem Perayaan, Tempatan, dan Hidupan Liar.

"Setem Perpaduan dan Tempat Ibadat pula dicetak sebanyak 100,000 keping dan 30,000 keping bagi Bangsa Kita, Flora dan Kraftangan,” ujarnya.

Selain itu, Diyana berkata, produk fitaleti lain seperti Sampul Surat Hari Pertama (FDC), termasuk risalah, berharga 55 sen setiap satu, dan folder dijual pada harga RM 6.35 setiap satu selain set lengkap koleksi setem siri ini dijual pada harga RM433.70 setiap satu.

Beliau menambah, selain daripada mempromosi produk baharu, Pos Malaysia akan mendidik para pengumpul setem serta orang awam melalui koleksi siri setem yang diterbitkan serta yakin setem siri itu akan menjadi satu daripada edisi menarik untuk ditambah dalam koleksi sedia ada mereka.

Dalam pada itu, Pos Malaysia menyarankan pengumpul setem untuk mendaftar menjadi ahli komuniti Akaun Pesanan Tetap (SODA) bagi menikmati pelbagai faedah istimewa.

Orang awam yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian di  www.posonline.com.my, atau datang sendiri ke Pos Malaysia Bahagian Filateli di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur, atau menghubungi 03-22672267 untuk sebarang pertanyaan.


Tags / Kata Kunci: Setem , Pos Malaysia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan