Pelajar UiTM Peroleh Iktibar Menerusi 'Hands Of Hope'

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 6:41 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Insaf dan iktibar. Itulah gambaran memori yang dirakam sekumpulan 23 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah ketika menyertai program khidmat masyarakat melibatkan tiga golongan kurang bernasib baik.

Menerusi program 'Hands of Hope' yang bermula 24 September lalu, peserta ke Rumah Anak Yatim Nurul Iman di Taiping pada sebelah pagi, diikuti pengagihan makanan kepada gelandangan di sekitar UTC dan Medan Selera Taman Kanak-Kanak di bandaraya ini pada malamnya.

Seterusnya kumpulan pelajar semester tiga itu melawat Rumah Orang Tua Titian Abadi di Lahat, dekat sini pada keesokkan harinya.

Timbalan Ketua Projek Hands of Hope, Nur Azlin Mohd Nazran berkata, setiap pelajar dari Persatuan Khidmat Komuniti ini berpeluang merasai pelbagai pengalaman sepanjang program itu.

“Perbezaan suasana dapat dirasai antara lawatan ke rumah anak yatim dan rumah orang tua.

"Yang pasti kami rasa terpanggil untuk mewujudkan suasana riang ketika bersama mereka.

“Ada juga yang berkongsi cerita, misalnya ketika mengagihkan makanan kepada gelandangan, seorang makcik meluahkan perasaan bagaimana anak tirinya menghalau dia dan anaknya keluar dari rumah selepas suaminya meninggal dunia,” kata penuntut berusia 19 tahun ini.

Bagi Nur Syazwani Rosli, 19 pula, kunjungan ke rumah anak yatim memberi kesan pada dirinya terutama membabitkan hal keselesaan.

“Walaupun mereka mengakui selesa tinggal di situ, tetapi tidak bagi kami. Manakan tidak, keadaan bilik yang sempit dengan almari yang usang dan semuanya  perlu dikongsi,” kata ahli khidmat komuniti itu.

Seorang lagi peserta berkongsi pengalamannya ketika berpeluang berbual-bual dengan warga emas yang usianya mencecah 80 tahun dan kini menghuni rumah orang tua.

“Sejak hilang penglihatan lima tahun lepas, pakcik itu tidak mampu berjalan sendiri, menyebabkan dia yang terlantar di katil dihantar keluarganya ke rumah kebajikan,” kata Hureen Nadhirah Yusri, 19.

Sambil menceritakan kisah hidupnya yang menyentuh hati, penghuni rumah kebajikan itu turut memberi nasihat kepada peserta program berkenaan supaya tidak mementingkan diri sendiri dan sentiasa mengutamakan ibu bapa.

Selain mengadakan aktiviti di setiap lokasi yang dilawati, pelajar juga berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM8,152.60, selain tajaan air mineral dan susu daripada sektor korporat.

Program khidmat masyarakat ini adalah sebahagian daripada kursus wajib yang perlu dilaksanakan  sebahagian pelajar UiTM, bagi memenuhi subjek kokurikulum mereka.



Tags / Kata Kunci: Hand of Hope , UTC , Ipoh , UiTM Tapah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan