Dalang Pencemaran Air Perlu Dihukum

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 1:59 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pihak yang bertanggungjawab mencemarkan loji rawatan air Sungai Semenyih perlu dikenakan tindakan tegas.

Perkara itu disuarakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

"Kami masih mengesan lokasi pencemaran itu dan memohon maaf kepada orang awam atas kejadian tersebut.

"Kami telah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan gangguan bekalan berada pada tahap minimum," kata Ongkili.

Berjuta-juta pengguna di beberapa kawasan di Lembah Klang terjejas sejak beberapa hari lalu apabila loji berkenaan ditutup ekoran pencemaran bau yang tidak dapat dikenalpasti.

Ongkili menjelaskan, pencemaran itu dipercayai berpunca daripada sebuah kawasan industri yang terletak berhampiran loji.

"Kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu memainkan peranan masing-masing dalam menyelasikan masalah ini.

"Kita perlu memanta secara teliti dan menghukum dalang yang menyebabkan pencemaran bagi mengelakkan kes sama berulang dan menjejaskan kehidupan ramai penduduk," katanya.

Sungai Semenyih merupakan laluan utama dari Empangan Semenyih ke pusat loji rawatan yang menghasilkan lebih 630 juta liter air setiap hari.

Beberapa laporan mendakwa, sumber pencemaran itu berasal dari Taman Industri Hi-Tech Semenyih yang terletak kira-kira 37 kilometer di hulu sungai.

Antara kawasan yang terjejas akibat pencemaran itu termasuk Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang.

Dalam perkembangan sama, Azmin berkata, tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab kerana mencetuskan masalah kepada penduduk Selangor.

Jelasnya, beberapa langkah drastik telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu bagi memantau setiap aktiviti di kawasan tebing sungai.

"Pihak kerajaan negeri telah memastikan tiada kawasan industri beroperasi berdekatan sungai itu.

"Sehubungan dengan kes ini, Kita tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan kepada mereka," katanya.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan