MPI Cadang Program Forum Media Kebangsaan Diperluas

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 4:08 PM

Ahli Pemegang Amanah Institut Akhbar Malaysia (MPI) Dr Mohd Safar Hasim (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Dr Chamil Wariya (empat, kiri) memotong pulut kuning simbolik sambutan ulang tahun ke-50 MPI pada Majlis Forum Media Kebangsaan 2016 pada 28 September 2016. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Akhbar Malaysia (MPI) bercadang memperluaskan program Forum Media Kebangsaan yang penganjurannya kini tertumpu di ibu kota, ke seluruh negara pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Dr Chamil Wariya berkata program tersebut yang melibatkan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM), akan turut melibatkan pusat pengajian kewartawanan media dan komunikasi termasuk universiti awam yang lain.

"Barulah program ini benar-benar menjadi kebangsaan dalam erti kata ia bergerak ke segenap pelosok tanah air kita," katanya dalam ucapan aluan pada Forum Media Kebangsaan 2016 di sini Rabu.

Forum bertemakan "Hala Tuju dan Masa Depan Kewartawanan di Malaysia" itu merupakan yang ketiga dianjurkan MPI.

Forum berkenaan diadakan dengan kerjasama Institut Pengajian Kewartawanan UiTM (IJS-UiTM).

Chamil berkata penganjuran forum kali ini juga bersempena sambutan ulang tahun ke-50 MPI yang ditubuhkan pada 28 Sept 1966 oleh bekas Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Forum Media Kebangsaan yang merupakan wacana ilmu, membincangkan pelbagai isu semasa media dan disertai lebih 150 pengamal media, ahli akademik dan pelajar pasca siswazah jurusan media dan kewartawanan.

Panelis yang mengambil bahagian termasuk Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf Datuk Abdul Jalil Ali dan Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar.

Antara topik yang dibicarakan "Media, Undang-Undang dan Negara", "Mendepani Cabaran dan Agenda Media Antarabangsa" dan "Media, Demokrasi dan Hubungan Etnik di Malaysia."

Turut diadakan pada forum berkenaan ialah pameran dokumen dan foto mengenai penubuhan MPI selama 50 tahun, organisasi yang berperanan sebagai penyedia latihan kewartawanan jangka pendek dan mengiktiraf karya kewartawanan negara ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MPI , Forum Media Kebangsaan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan