Bekalan Air Bantuan Ke Petaling, Hulu Langat, Sepang - Berita Semasa | mStar

Bekalan Air Bantuan Ke Petaling, Hulu Langat, Sepang

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 8:58 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekalan air bantuan sedang dihantar dengan lori tangki ke premis pengguna di kawasan yang masih terjejas bekalan air di daerah Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah dalam kenyataan malam Selasa berkata status pemulihan bekalan air sehingga 8 malam ini di empat daerah yang terjejas bekalan air sejak 22 September lalu adalah 100 peratus di Kuala Langat dan 99.7 peratus di Sepang.

"Bagi Hulu Langat pula, ia sudah 97 peratus pulih manakala untuk Petaling, ia mencapai 90 peratus," katanya.

Beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air ekoran penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dari 22 hingga 24 September lepas akibat pencemaran sungai.

"Loji telah mula beroperasi sejak 2.30 petang pada 24 September dan tiada pencemaran bau dikesan lagi," katanya.

Amin Lin berkata pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja pembaikan itu melalui aplikasi telefon bimbit 'mySYABAS' atau melayari www.syabas.com.my.
Tags / Kata Kunci: Syabas , isu air , air bantuan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan