7 Kanak-Kanak Dijangkiti Rotavirus

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 10:08 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan tujuh kes membabitkan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital kerana muntah dan cirit- birit akibat terkena jangkitan Rotavirus setelah mandi di Taman Bukit Merah Lake Town, Perak, Sabtu lalu.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, empat daripada kes itu membabitkan bayi berusia 11 bulan hingga kanak-kanak berusia 1 tahun 8 bulan yang dimasukkan ke Hospital Kulim pada Selasa dan Rabu.

Tiga kes lagi katanya, adalah daripada keluarga yang sama iaitu kanak-kanak berusia tiga hingga 10 tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Sungai Petani pada Isnin.

"Keluarga kesemua tujuh kes memaklumkan telah pergi bercuti di Taman Bukit Merah Lake town pada 24 Sept (Sabtu), keputusan makmal mengesahkan jangkitan Rotavirus dan kesemua mereka kini berada dalam keadaan stabil.

"Jabatan Kesihatan Kedah telah melaporkan kejadian tersebut kepada Jabatan Kesihatan Perak bagi menjalankan siasatan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Rabu.

Rotavirus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan perut dan usus dan sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berumur lima tahun ke bawah dengan gejala seperti cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut.

Sementara itu di IPOH, Pengarah Kesihatan negeri Perak Datuk Dr Juita Ghazalie ketika dihubungi berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh Jabatan Kesihatan Kedah hari ini.

Katanya Pejabat Kesihatan Daerah Kerian telah pergi ke kawasan Taman Tema Lake Town Bukit Merah untuk menjalankan siasatan termasuk mengambil sampel air dari semua kolam.

"Semua sampel air yang diambil akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk ujian bagi mengenal pasti kuman," katanya.

Selain itu, Dr Juita berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada semua Klinik Kesihatan, poliklinik, hospital kerajaan dan swasta supaya mengenal pasti kes-kes yang mungkin mempunyai kaitan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan