Tiada Amalan 'Terbang Dan Bakar' Dalam Industri Sawit Negara

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 11:26 PM

Najib dan Merkel pada sidang media bersama selepas mesyuarat dua hala di Berlin, Jerman. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BERLIN (Jerman): Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menegaskan kepada penggubal undang-undang Jerman bahawa kaedah 'tebang dan bakar' tidak diamalkan dalam industri minyak sawit Malaysia.

Malaysia, katanya, mengguna pakai pembangunan lestari dan mereka boleh datang dan melihat sendiri perkara itu.

"Kami komited kepada pembangunan lestari dan tidak ada amalan 'tebang dan bakar'," kata Najib pada sidang media bersama selepas mesyuarat dua hala dengan Canselor Jerman Angela Merkel, di sini, Selasa.

"Keadaan sebenar hanya boleh dinilai apabila anda melihat sendiri dan saya mempelawa kumpulan Anggota Parlimen untuk melawat Malaysia dan melihat bagaimana kami menguruskan industri perladangan," katanya.

Beliau berkata pembangunan lestari penting bagi Malaysia kerana kira-kira 500 ribu pekebun kecil bergantung kepada industri minyak sawit dan berjuta-juta rakyat Malaysia keluar daripada kemiskinan hasil daripada industri itu.

Malaysia, yang merupakan pengeluar kedua terbesar minyak sawit di dunia, komited untuk mengurangkan tahap pelepasan karbon dioksidanya sebanyak 40 peratus menjelang 2020, katanya.

Merkel mengesahkan bahawa Perdana Menteri ada mempelawa Anggota Parlimen Jerman.

Malaysia memberi jaminan kepada kami yang dasar-dasar ini (tebang dan bakar) adalah perkara lampau dan tidak lagi berlaku dan ia mempelawa Anggota Parlimen melawat Malaysia dan melihat sendiri kemajuan yang telah dicapai," katanya.

Semasa sidang media itu, Najib turut mempelawa Merkel melawat Malaysia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan