Semua Pihak Perlu Sokong Usaha PTPTN - Idris Jusoh

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 6:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiap rakyat perlu menyokong tindakan yang dilakukan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam usaha mengutip balik bayaran pinjaman termasuk menyenaraikan peminjam di dalam Pusat Rujukan Kredit dan Sistem Maklumat (CCRIS).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata dasar itu telah lama diperkenalkan bagi memastikan kelestarian pembiayaan pendidikan untuk generasi akan datang.

Beliau berkata sekiranya peminjam menghadapi kesukaran membuat bayaran balik dalam tempoh yang telah ditetapkan, mereka boleh berbincang dengan PTPTN bagi menstruktur semula setiap pinjaman yang telah dilakukan.

"Saya ada menerima lebih 12 e-mel daripada peminjam sejak semalam (Isnin) yang mendakwa mempunyai masalah dengan PTPTN.

"Kesemua e-mel berkenaan telah saya kemukakan kepada PTPTN untuk tindakan selanjutnya termasuk menyiasat kes tersebut secara individu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2016 di Universiti Malaya (UM), di sini Selasa.

Persidangan dua hari itu bertujuan membincangkan dan berkongsi maklumat berkaitan pembangunan program PSH dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang teknikal dan vokasional.

Pada Isnin, PTPTN dalam kenyataan berkata pihaknya sentiasa membuka ruang rundingan kepada semua peminjamnya yang mempunyai masalah membuat pembayaran.

Idris berkata setiap peminjam PTPTN juga harus mempunyai sikap bertanggungjawab dalam membuat bayaran balik kerana ia merupakan keadilan sosial kepada pelajar baharu yang mahu membuat pinjaman sama.

Dalam pada itu, mengenai laporan 150 pelajar Malaysia di Mesir yang berdepan kegagalan membayar hutang yuran pengajian sehingga mencecah RM4.5 juta, Idris berkata pihaknya akan membuat pengumuman rasmi Khamis ini termasuk jumlah sebenar pelajar yang terlibat.

"Rombongan kementerian ke Mesir pun telah pulang ke Malaysia semalam (Isnin), jadi saya akan dapatkan maklumat jumlah sebenar pelajar terlibat sebelum tindakan susulan diambil," katanya. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: PTPTN , CCRIS

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan