Ahli PAS Mungkin Sertai Bersih 5 - Khalid Samad

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 1:53 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

SHAH ALAM: Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad tidak menolak kemungkinan himpunan Bersih 5 yang akan diadakan pada November depan bakal disertai ahli PAS.

Beliau berkata, ini kerana usaha untuk menuntut keadilan sebagaimana yang menjadi antara matlamat Bersih turut diperjuangkan PAS selama ini.

"PAS walaupun dikatakan tidak hadir tetapi ahli-ahlinya akan hadir bersama kerana ini merupakan satu perkara yang menjadi darah daging orang PAS.

"Dan sekiranya pimpinannya agak berubah dari segi pendekatan, saya yakin ia menjadi cabaran buat PAS untuk menghalang ahli-ahli mereka turun bersama kerana mereka juga telah dididik mengenai kewajiban untuk menentang kezaliman.

"Ia menjadi satu kewajiban yang dituntut dalam agama Islam dan kita akan menyeru semua untuk menunaikan tanggungjawab itu bersama melalui satu perhimpunan yang aman," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian selepas mengulangi pendirian Amanah akan bersama Bersih dan bersedia menggerakkan ahli-ahli parti untuk menjayakan himpunan itu.

Bagaimanapun setakat ini, PAS masih belum memutuskan penyertaannya dalam Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November.

Sementara itu, Khalid berkata, pelancaran konvoi yang dijalankan Bersih secara serentak pada 1 Oktober ini akan turut disertai wakil-wakil Amanah di peringkat negeri.

Menurut Khalid, himpunan Bersih 5 tidak mengikut bangsa atau kaum, tetapi ia lebih kepada soal kepentingan masyarakat di negara ini.

"Ia merupakan persoalan mempertahankan kedaulatan dan hak rakyat untuk memilih kerajaan melalui pilihan raya telus dan adil, dan ia merentasi kaum.

"Saya harap isu ini tidak diihat dari sudut kaum. Inilah cabaran bagi mana-mana parti politik dan NGO (badan bukan kerajaan) yang ingin membawa perubahan dan penambahbaikan kepada pentadbiran negara, yang mana ia sering dihalang atau usahanya digagalkan," ujar Khalid.

Awal bulan ini, Pengerusi Bersih 2.0, Marina Chin mengumumkan himpunan Bersih 5 akan diadakan pada November, antara lain bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, mengukuhkan demokrasi berparlimen dan memperkasakan Sabah dan Sarawak.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan