Flotila ke Gaza Harungi Cabaran Awal

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Semasa pusingan pertama dari Barcelona ke Ajaccio, semua peserta muntah dan tidak bermaya apabila kapal yang kami naiki dilambung ombak yang sangat tinggi," kata delegasi Malaysia Dr Fauziah Mohd Hassan menceritakan detik cemas ketika mengikuti misi 'Women's Boat to Gaza' (WBG).

Selaku doktor rasmi kapal tersebut, Dr Fauziah berkata keadaan laut bergelora sejauh 300 batu nautika dari Vell, Barcelona ke Ajaccio, Perancis tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memberikan rawatan dan bantuan perubatan kepada delegasi yang memerlukan walaupun dirinya turut mengalami mabuk laut.

"Alhamdulillah semua orang sudah kembali sihat. Terdapat tiga peserta yang terpaksa diberi suntikan, ini pengalaman pertama saya memberikan rawatan di atas kapal yang terumbang-ambing," katanya yang juga Ahli Lembaga Pengarah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Beliau yang merupakan wanita pertama Malaysia menyertai misi bantuan kemanusiaan itu berkata Kapal Zaytouna Oliva yang dinaiki sedang berlabuh di Messina, Sicily, Itali sebelum meneruskan pelayaran dijangka hari ini pada 8.30 pagi (waktu tempatan, Itali), iaitu 1,000 batu nautika dari Messina ke Pelabuhan Gaza. 

Pelayaran WDB bermula pada 8 malam, 14 Sept (waktu tempatan Barcelona) dari pelabuhan Vell dan berhenti di Ajaccio (pusingan pertama) pada 19 Sept sebelum meneruskan perjalanan ke Messina (pusingan kedua).

Delegasi WBG sedang dalam misi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza disertai golongan wanita setelah laluan darat ke negara yang dizalimi itu dikepung dan laluan masuk dari sempadan Mesir-Gaza di Arafah, turut ditutup.

"Kami mempunyai hanya satu matlamat iaitu menyekat kepungan di Gaza dan mahu rakyat di sana miliki apa yang Malaysia dan negara lain ada iaitu kebebasan, keadilan dan perkara asas lain yang diperlukan," ujarnya.

Dr Fauziah berkata kapal Zaytouna Oliva dinaiki 13 delegasi dari pelbagai negara dan tiga orang kru manakala sebuah lagi kapal, Amal Hope diwakili peserta negara, Norsham Abu Bakar bersama lapan delegasi dan tiga kru.

Delegasi wanita dari negara lain adalah Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat (Amerika), Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Dr Fauziah berkata misi WDG merupakan satu-satunya peluang untuk beliau turut serta dalam misi antarabangsa yang buat julung kali menggunakan laluan air.

"Semua sangat bersemangat, bersatu hati dan mempunyai disiplin yang tinggi untuk sampai ke Gaza. Pelayaran pusingan kedua agak tenang dengan keadaan cuaca yang baik," ujarnya.

Ditanya mengenai pendekatan yang akan diambil untuk menghadapi kepungan Israel, Dr Fauziah menjelaskan semua delegasi telah menjalani latihan dan simulasi yang diberikan oleh pakar dari Amerika, Lisa Gay Hamilton mengenai tindakan yang boleh atau tidak boleh diambil.

"Semalam, kami telah melalui latihan dipanggil 'non-violence activities' yang kita diajar bagaimana hendak menangani keadaan secara aman apabila dikepung atau ditahan tanpa menggunakan keganasan, senjata ataupun reaksi marah.

"Kami diajar bagaimana hendak menghadapi keadaan dengan tenang, dengan perasaan kasih sayang dan juga penuh rasa kemanusiaan walaupun akan menghadapi Israel yang memiliki senjata," katanya.

Sementara itu, pengerusi MyCare Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata penyertaan dua wakil negara bukan sahaja mewakili Malaysia malah mewakili Asia.

"Mungkin Israel tidak beri kebenaran tapi dengan sokongan daripada masyarakat seluruh dunia akan beri tekanan kepada Israel. Penduduk Gaza sedang mengadakan persiapan untuk menyambut kedatangan misi WDG ini seperti membuat kain rentang. Misi ini sangat penting kepada Gaza untuk menunjukkan bahawa seluruh dunia memberi perhatian dalam memberikan hak kebebasan untuk rakyat Palestin keluar masuk seperti negara lain," katanya.

Beliau berkata, menurut World Health Organisation, Gaza bakal menjadi sebuah negara yang tidak sesuai didiami pada 2020 kerana tiada sumber asas seperti bekalan air bersih dan ubat-ubatan disebabkan sekatan daripada Israel. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Flotila , Gaza

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan