MH17: Pihak Bertanggungjawab Mesti Didakwa - PM

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 11:18 PM

MH17 ditembak jatuh di kawasan bergolak di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Julai 2014.

(Ubah saiz teks)

BERLIN: Malaysia komited untuk membawa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ke muka pengadilan dan hanya itu sahaja caranya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

"Kami adalah sebahagian daripada pasukan siasatan bersama antarabangsa dan kami telahpun menyatakan komitmen bahawa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17 akan dibawa ke muka pengadilan. Itu sememangnya merupakan pendirian kami," katanya.

Justeru, Malaysia terlebih dahulu akan menunggu laporan berkaitan insiden itu yang akan dibentang pada Rabu oleh Pasukan Siasatan Bersama yang diketuai Belanda dan seterusnya negara-negara terlibat akan membincangkan langkah berikutnya, katanya ketika ditanya tentang laporan itu yang akan dibentang pada Rabu oleh Pihak Berkuasa Belanda.

"Terdapat beberapa pilihan yang ada tetapi berdasarkan laporan dan dapatan dalam laporan itu, kami akan membincangkan tindakan berikutnya. Kami tetap komited untuk mencari keadilan atau lebih tepat, membawa mereka ke muka pengadilan," katanya dalam sidang akhbar bersama dengan Canselor Jerman Angela Merkel.

MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Tahun lepas, Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra mengesahkan bahawa MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara BUK di ruang udara timur Ukraine.

Laporan itu diumumkan selepas siasatan selama 15 bulan yang dijalankan oleh pasukan siasatan bersama dari Belanda, Ukraine, Malaysia, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya sama ada pilihan raya awal akan diadakan di Malaysia berikutan isu yang menyelubungi 1Malaysia Development Bhd, Najib berkata persoalan berkaitan pilihan raya bukanlah disebabkan oleh mana-mana faktor tunggal.

"Ia mesti diramal berasaskan bahawa kami mempunyai dasar yang baik di Malaysia. Kami berkhidmat untuk manfaat rakyat dan kami adalah kerajaan terbaik untuk memimpin Malaysia menuju masa depan.

"Kami mempunyai rekod yang kukuh dan kami akan terus memberitahu rakyat Malaysia bahawa kami, kerajaan kami, masih merupakan pilihan terbaik," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , MH17

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan