Logo Halal Risda Menyalahi Undang-Undang

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 8:49 AM

SATU logo untuk semua.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Langkah Risda untuk mengeluarkan logo halal sendiri bagi produk yang dihasilkan oleh orang Islam adalah bertentangan dengan undang-undang, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata walaupun niat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah itu adalah baik, namun mereka sepatutnya mendapatkan kebenaran yang diperlukan daripada agensi yang berkaitan.

Kegagalan berbuat demikian melanggar Akta Perihal Dagangan 2011, yang melarang mana-mana pihak lain untuk mengeluarkan sijil pengiktirafan halal sendiri tanpa kelulusan daripada Jakim.

"Sekiranya pihak Institut Kerjasama Islam Malaysia (Ikiam) dan Risda berhasrat untuk terus mengeluarkan logo halal baharu kepada produk muslim keluaran usahawan pekebun kecil Risda, maka ianya adalah bercanggah dengan akta yang jelas menyatakan bahawa hanya Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri sahaja merupakan pihak berkuasa berwibawa di dalam mengeluarkan pengesahan halal.

"Perkara ini adalah penting bagi mengelakkan semua pihak termasuk individu atau syarikat agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan sijil halal," katanya.

Dilaporkan bahawa Ikiam dengan kerjasama Risda akan melancarkan logo halal khusus untuk produk Islam tahun depan.

Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin dilaporkan berkata, logo yang akan dilancarkan itu nanti bertujuan mengesahkan produk itu keluaran usahawan Muslim selepas memperoleh sijil halal Jakim.

Tags / Kata Kunci: Risda , Ikiam , Jakim , Logo Halal , Halal

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan