Tragedi Go-Kart: Polis Selesai Ambil Keterangan Penganjur

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 1:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis Pahang telah mengambil keterangan wakil Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku penganjur Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 berhubung tragedi yang meragut nyawa dua beranak di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya juga akan mengambil keterangan Siti Suhaiza Seman, 38, iaitu isteri dan ibu kepada mangsa rempuhan kenderaan jenis go-kart itu.

"Kita akan mengambil keterangan beliau tetapi kita masih memberikan sedikit masa untuk beliau tenang dan stabil," katanya semasa dihubungi di sini, Selasa.

Bagaimanapun, Abdul Aziz tidak mendedahkan nama wakil UTM dan juga bilangan individu yang telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Pada pukul 11.30 pagi Ahad, penyelia kilang Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, lima, meninggal dunia akibat dirempuh sebuah go-kart semasa menonton perlumbaan itu.

Kemalangan yang dipercayai berpunca apabila tiga buah go-kart bergesel sesama sendiri turut menyebabkan Siti Suhaiza dan anak sulungnya Muhammad Izz Daniel, tujuh, cedera, namun keadaan mereka kini stabil.

Tags / Kata Kunci: Go-Kart , UTM , EIMARace

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan