Keluarga Pelajar Malaysia Hilang Di Paris Buat Solat Hajat

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 8:39 PM

Norsakinah Naim hilang sejak Jumaat lalu.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Keluarga pelajar Malaysia yang hilang di Paris sejak Jumaat lalu mengadakan solat hajat malam Selasa bagi memohon agar Norsakinah Naim, 19, dapat ditemui dengan selamat.

Bapanya, Naim Awang, 46, berkata rumah mereka di Tikam Batu, Sungai Petani mula dikunjungi sahabat handai, saudara-mara serta rakan-rakan Norsakinah yang mula datang sejak Isnin bagi mengetahui perkembangan terbaru berhubung kehilangan anaknya itu.

Beliau berkata anaknya hanya disedari hilang oleh rakan sebiliknya yang berasal dari Sabah apabila telefon bimbitnya dijumpai di bilik sewa kediaman mereka.

"Rakannya kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada Kedutaan Malaysia di Paris dua hari selepas itu," katanya.

Naim berkata beliau mendapat tahu mengenai perkara tersebut apabila dihubungi Kedutaan Malaysia di Paris semalam yang memaklumkan anaknya tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu.

Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu mengikuti pengajian Kejuruteraan Kimia di Institute University of Technology (IUT) Roanne di Paris, sejak tahun lalu.

Jelasnya, kali terakhir Norsakinah menghubungi mereka adalah pada 23 September dan beliau tidak menunjukkan tanda-tanda pelik ketika berbual dengan ibunya.

"Malah kedengaran suaranya sangat ceria dan tidak menunjukkan yang dia ada masalah. Dia anak yang sangat baik dan pintar dalam pelajaran," katanya.

Anak kedua daripada enam beradik itu yang merupakan lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula, Tikam Batu memperoleh 10A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan