Kajian: Hishamuddin Sangkal Beliau Pilihan Rakyat Selangor Jadi PM

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 9:35 PM

Hishammuddin Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyangkal hasil satu kajian yang menunjukkan beliau sebagai pilihan utama rakyat Selangor bagi mengisi jawatan perdana menteri yang seterusnya.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno menggesa semua pihak agar tidak mempercayai kajian itu dengan mudah kerana ia tidak tepat.

"Malah di peringkat antarabangsa, kebanyakan kaji selidik tidak tepat.

"Ia mungkin boleh jadi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab mahu menggunakan hasil kajian itu untuk mencetuskan pergeseran di kalangan pemimpin," katanya pada majlis pecah tanah Wisma Bintara Angkatan Tentera Malaysia di sini, Selasa.

Hishammuddin diminta mengulas mengenai hasil kajian yang dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati 32 peratus responden memilih beliau untuk mengisi jawatan tersebut.

Menteri Pertahanan itu mengatasi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan 31 peratus manakala Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) 28 peratus.

"Bagi saya, semua ini tidak penting. Selagi kita terus mendekati rakyat, akhirnya, mereka akan menentukan kedudukan pemimpin.

"Jika rakyat fikir kita boleh melakukan tugas, jadi kedudukan kita selamat," katanya.

Kajian itu dijalankan sejak 26 hingga 30 Ogos lalu.



iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan