Selangor Perlu Henti Polemik Isu Persempadanan Semula, Selesai Isu Air

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 11:56 PM

Irmohizam Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor diminta menghentikan berpolemik isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dan menumpukan kepada menyelesaikan masalah bekalan air di negeri itu.

Presiden Majlis Belia Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata  Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak boleh berlengah dalam menyelesaikan isu bekalan air yang membebankan rakyat kerana ia mengganggu rutin harian dan produktiviti mereka.

"Jika benar kerajaan negeri telah bertindak dalam menyelesaikan perkara ini, mustahil gangguan bekalan air masih berulang lagi. Hal ini jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak pernah serius dalam menangani permasalahan ini," katanya dalam kenyataan Selasa.

Irmohizam yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor berkata kerajaan pusat terbuka dalam memberi sokongan kepada penjualan konsesi air kepada Selangor bagi menjaga kebajikan rakyatnya.

Beliau berkata dalam tahun ini sahaja, isu bekalan air di Selangor berlaku tiga kali berikutan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

"Penutupan loji itu disebabkan pencemaran air mentah dan melihat situasi di sekeliling Sungai Semenyih, tidak mustahil pencemaran ini terjadi berpunca daripada kawasan industri yang diwujudkan berhampiran dengan sungai berkenaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan