Salleh Keruak Dedah Matlamat Politik Sebenar Dr Mahathir

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 9:55 PM

Dr Salleh Said Keruak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya cuba menepis cakap-cakap bahawa beliau mahu anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri akan datang, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Merujuk kepada laporan dalam The Star Online pada Selasa, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, dengan menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Dr Mahathir ingin menyatakan bahawa bukanlah anaknya yang akan menyandang jawatan itu.

"Bagaimanapun, itu tidak bererti Mukhriz tidak boleh dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, manakala Muhyiddin pula hanya menjadi Perdana Menteri sementara," kata Salleh dalam catatan terbaru dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my.

Salleh berkata laporan itu mengesahkan apa yang diperkatakan banyak orang bahawa Muhyiddin, bukan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Kata beliau, Dr Mahathir akhirnya melenyapkan persoalan penting tentang orang yang berada dalam fikirannya untuk mengggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sekiranya Perdana Menteri digulingkan atau Barisan Nasional diketepikan, yang merupakan objektif utama Dr Mahathir menubuhkan parti baharunya, PPBM".

Salleh berkata Dr Mahathir juga mengesahkan pengumuman beliau di Petaling Jaya pada 2008 bahawa Perdana Menteri baharu nanti perlu 'dibimbing' oleh sebuah jawatankuasa orang lama dan tidak akan diberi kebebasan atau terlalu banyak kebebasan untuk mentadbir negara ini.

"Mahathir berkata hari ini bahawa walaupun Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri dan presiden parti itu, PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) juga mempunyai seorang pengerusi.

"Jadi, Perdana Menteri perlu berbincang dengan pengerusi, bermakna Mahathir, sebelum membuat sesuatu keputusan. Perdana Menteri tidak boleh membuat sebarang keputusan dengan sendiri," katanya.

Salleh berkata, malah, Dr Mahathir mencadangkan agar kedudukan pengerusi parti itu perlu mengatasi Kabinet memandangkan anggota Kabinet perlu "mendengar kata" Perdana Menteri.

"Kesimpulannya, Perdana Menteri tidak mempunyai kebebasan dan berada di bawah pengerusi parti, yang lebih berkuasa daripada Kabinet seperti Pengerusi Mao mentadbir China selama 31 tahun dulu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan