Berbangga Dengan Kepelbagaian

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 9:53 AM

O'dea bercakap dengan pemimpin agama ketika mengunjungi sebuah masjid di Pulau Pinang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang penyampai televisyen British yang telah melawat banyak tempat-tempat ibadat di negara ini menggesa rakyat Malaysia untuk berbangga dengan kepelbagaian kaum dan agama masing-masing.

Mark O'Dea, 25, yang menetap di Malaysia sejak tiga tahun lalu berkata, kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia memberi inspirasi kepadanya kerana ia tidak seperti mana-mana negara lain yang pernah dilawatinya.

Ketika melakukan penggambaran untuk pelbagai program pelancongan, O'Dea mendapati beberapa tempat-tempat ibadat yang dilawatinya telah mengubah pendapatnya tentang bagaimana kepelbagaian agama dapat diamalkan di negara ini.

"Sangat menarik apabila saya pergi ke suatu tempat itu dan orang-orangnya bercakap mengenai kepercayaan mereka. Mereka tidak memanipulasi orang, mereka biarkan orang luar datang ke tempat beribadat dan kemudiannya menyebarkan berita tentang tuhan mereka," katanya kepada Star Online.

O'Dea berkata walaupun dia secara semula jadi tertarik dengan sejarah dan agama kerana ia adalah mata pelajaran yang menarik dengan banyak tafsiran yang berbeza, dia tidak pernah menemui orang yang ekstrem terhadap agama.

O'Dea juga memberitahu bahawa semasa melawat tempat-tempat ibadat, dia tidak pernah melihat pemimpin agama menghina agama-agama lain.

Sehubungan itu O'Dea berkata rakyat Malaysia perlu berhati-hati dengan "orang yang suka menghina agama-agama lain".

Berhubung mesej dan artikel dalam talian yang menimbulkan sentimen perkauman dan agama di kalangan rakyat Malaysia, O'Dea berkata, walaupun dia adalah orang luar yang tinggal di Malaysia, dia tidak suka melihat perkara itu berlaku.

Dia berkata orang ramai harus mengabaikan artikel yang bertujuan untuk mewujudkan perpecahan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan