Siti Safura Ikrar Bantu Golongan Senasib

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2016 11:30 AM

Kejayaan Siti Safura diraikan bersama bapanya, Jaapar Abdullah, 66, yang juga bekas pensyarah dan ibunya, Kalsom Abdul Wahab, 70, pesara guru di Universiti Perdana, Ahad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semangat kental Siti Safura Jaapar yang menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) untuk meneruskan pembelajaran bermatlamat bagi membantu golongan senasib dengannya.

Pelajar berusia 33 tahun ini, baru sahaja memperoleh Diploma Lepasan Ijazah Bioinformatik dan kini meneruskan PhD dalam kesihatan yang memberi fokus kepada bioinformatik iaitu gabungan antara biologi dan teknologi maklumat.

“Saya mengharungi zaman pembelajaran dan pada masa yang sama ingin mendapatkan jawapan penyakit SMA supaya dapat tolong orang ramai,” katanya selepas Konvokesyen Universiti Perdana di sini, Ahad.

Siti Safura juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pitokimia, telah memulakan pengajian di peringkat PhD pada Februari lalu selepas berjaya menamatkan diploma lepasan ijazah Januari lalu.

SMA merupakan penyakit genetik yang mengakibatkan sistem saraf mengawal pergerakan otot. 

Siti Sapura yang juga Presiden Penaja Persatuan SMA Malaysia, didiagnos pada usia tiga tahun dan tidak dapat berjalan sejak berusia 13 tahun.

Bagi pembelajaran PhD, dia akan melakukan kajian bagaimana bakteria menyerang pesakit.

Selain itu, Dr Y. Kohgulakuhan, 24, pula menamatkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perubatan Universiti Perdana-Royal College Surgeon of Ireland (RCSI) telah dipilih sebagai penerima Anugerah Canselor.

Minat beliau terhadap onkologi dan penyelidikan mendorong untuk beliau meneruskan pembelajaran dalam program Sarjana Sains di Universiti College London.

Beliau akan berada di sana selama setahun untuk menjalankan kajian sebelum berkhidmat di Kementerian Kesihatan.

“Orang ramai selalu berfikir bahawa kanser adalah penamat kehidupan tetapi sebenarnya mereka dapat memperbaiki keadaan dengan mencari jawapan melalui kajian,” jelasnya.

Lima puluh enam graduan menerima Sarjana Muda Perubatan (MB), Sarjana Muda Pembedahan (BCh) dan Sarjana Muda dalam Seni dan Obstetrik  (BAO), hsil usahasama Universiti Perdana-RCSI, selain 21 graduan Doktor Perubatan Universiti Perdana.

Tags / Kata Kunci: Siti Safura , SMA , Universiti Perdana

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan