Malaysia Kemuka Cadangan Perdagangan Buaya Di Peringkat Global

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2016 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mengemukakan cadangan agar  buaya yang ditangkap di kawasan liar dibenar diperdagangkan di peringkat antarabangsa pada Persidangan Pihak-pihak yang menyertai Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Mengenai Spesies Terancam (Cites) ke-17 di Johannesburg, Afrika Selatan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tujuan cadangan itu ialah untuk membolehkan populasi buaya dikawal secara ketat dan jumlahnya yang hidup secara liar dikekalkan pada kadar sewajarnya.

"Ketika ini, Malaysia menjalankan perniagaan buaya daripada ladang buaya yang berdaftar dengan Cites, tetapi perdagangan antarabangsa buaya di kawasaan liar tidak dibenarkan," katanya pada mesyuarat peringkat menteri Lekgotla bersempena Cites kle-17 pada Jumaat.

Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama melalui e-mel.

Wan Junaidi berkata dapatan bukan detrimental (NDF) menunjukkan populasi buaya air masin meningkat dengan banyak sejak 30 tahun lepas berikutan kejayaan langkah pemuliharaan.

"Ini menimbulkan konflik dengan manusia di mana kejadian serangan buaya telah meningkat, terutama di Sarawak kerana masyarakat di negeri itu bergantung pada sungai untuk mencari rezeki dan sebagai kaedah pengangkutan.

"Atas sebab itulah, kami berharap cadangan Malaysia mengenai buaya air masin kami (Crocodylus porosus) itu disokong sepenuhnya," katanya.

Wan Junaidi juga menegaskan tentang komitmen tinggi Malaysia untuk mengekang pemerdagangan hidupan liar secara haram, terutama gading gajah Afrika untuk memastikan sumber dunia yang amat berharga ini dilindungi dan dipulihara secara lestari.

"Kami akan pastikan wujudnya usaha berterusan dalam pelaksanan Pelan Tindakan Gading Kebangsaan (Niap) kami, yang juga bertujuan membantu membanteras perdagangan gading secara haram.

"Justeru, Malaysia mengadakan suatu upacara khas untuk memusnahkan simpanan gading yang dirampas pada 14 April 2016," katanya.

Langah itu, kata beliau, diharapkan memberi mesej bahawa Malaysia tidak bertolak ansur dengan jenayah berkaitan hidupan liar dan negara ini akan pastikan gading yang diseludup tidak akan memasuki pasaran atau di perdagangangkan.

Mesyuarat Cites ke-17 berlangsung dari 24 September hingga 5 Oktober.

Dianggogtai 181 pihak, Cites kekal sebagai antara alat paling berkesan di dunia bagi pemuliharaan biodiversiti melalui kawal selia perdagangan fauna dan flora liar.-- Bernama

 

Tags / Kata Kunci: buaya , Wan Junaidi Tuanku Jaafar

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan