Kurang Satu Peratus Anggota ATM Terlibat Daesh

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2016 4:31 PM

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika merasmikan Seminar Pengurusan Angkatan-angkatan Tentera Pasifik Ke-40 (PAMS), Isnin. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siasatan Cawangan Khas Bukit Aman mendapati kurang daripada satu peratus anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dengan kumpulan militan Daesh.

Tanpa mendedahkan bilangan anggota ATM itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian tidak akan melindungi pegawai atau anggota ATM terbabit kerana Daesh membawa ancaman global.

"Ketika ini, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) diberi peranan untuk memantau dan memastikan tiada pegawai dan anggota ATM terpengaruh dengan fahaman Daesh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengurusan Angkatan-angkatan Tentera Pasifik Ke-40 (PAMS) di sini, Isnin.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Medan Barat Left Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Beliau berkata pengganas Daesh menyebarkan propaganda dan fahaman mereka melalui media sosial kerana mudah mendekati dan mempengaruhi orang ramai.

Hishammuddin berkata usaha bersepadu untuk membendung penularan Daesh dilaksanakan berteras empat pendekatan iaitu 'Strategize' (merancang strategi), 'Engage' (penglibatan), 'Anticipate' (jangkaan), 'Lead' (kepimpinan) atau ringkasannya 'SEAL' dengan pembabitan pelbagai agensi penguatkuasa.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata beliau akan ke Amerika Syarikat pada Rabu untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN-Amerika Syarikat (AS) bermula 29 September hingga 2 Oktober.

"Dalam mesyuarat itu, seramai 10 Menteri Pertahanan ASEAN akan hadir dan berjumpa dengan Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter," katanya.

PAMS merupakan seminar tahunan angkatan tentera melibatkan 34 negara Asia Pasifik, yang disertai pegawai kanan Tentera Darat berpangkat Leftenan Kolonel hingga Mejar Jeneral.

Seminar empat hari itu membincangkan mengenai pengurusan ketenteraan dan platform perkongsian idea yang memperlihat persefahaman antara negara-negara yang terlibat.

Ia disertai pegawai-pegawai dari dari 34 negara Asia Pasifik termasuk Amerika Syarikat, Afghanistan, Australia, Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, Kanada, Chile, China, Fiji, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan United Kingdom.


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan