Guan Eng Diminta Laksana Had Dua Penggal

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2016 2:29 PM

Lee Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta menjadi pemimpin pertama yang melaksanakan had pemerintahan selama dua penggal bagi kedudukan Ketua Menteri.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari kawasan Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang turut mencadangkan agar sistem tersebut dilaksanakan bagi jawatan Perdana Menteri dan Menteri Besar.

"Had tempoh dua penggal boleh mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan saya meminta DAP melaksanakan perkara ini terlebih dahulu bermula di Pulau Pinang.

"Saya juga meminta Guan Eng untuk menjadi contoh dengan kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri, sekali gus melakukan perubahan dalam dunia politik," katanya pada sidang media di Tanjung Bungah, Isnin.

Beliau turut meminta Guan Eng mempertimbangkan cadangan itu sebelum terlewat.

"Jadikan ini satu legasi anda, ketika masih menjadi Ketua Menteri. Tidak seperti Mukhriz.

"Beliau (Mukhriz) sekadar bercakap dan tidak mampu melakukannya.

Kenyataan Yee Cheu merujuk kepada komen Timbalan Presiden sementara Parti Pribumi Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mahu mencadangkan pemerintahan Perdana Menteri dihadkan selama dua penggal jika berjaya membentuk kerajaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan