Tahap Penglibatan Ibu Bapa Di Sekolah Perlu Dipertingkat - Mahdzir

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2016 3:54 PM

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid bergambar bersama sebahagian peserta yang terdiri daripada Penyelia dan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) selepas merasmikan penutupan Persidangan LPS Bagi Sekolah-Sekolah Tamil seluruh negara di Institut Aminuddin Baki, Ahad.

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di sekolah seluruh negara masih belum mencapai tahap yang membanggakan dan perlu dipertingkatkan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata mengikut statistik terkini, secara keseluruhannya,  terdapat negeri yang tahap penglibatan ibu bapa di sekolah mencecah sehingga 70 peratus dan ada juga yang hanya mencapai 40 peratus.

"Penglibatan ibu bapa dengan aktiviti di sekolah ini bergantung kepada keadaan setempat. Saya tidak boleh sebutkan ikut negeri. Tetapi mengikut pengetahuan saya, ada yang telah mencapai tahap tertinggi dan membanggakan.

"Contohnya, ibu bapa sendiri yang cat tangga dan bilik air sekolah, membaiki peralatan sekolah yang mana semua ini tidak memerlukan khidmat kontraktor.

Malah ada aktiviti yang ibu bapa sendiri anjurkan di sekolah dan guru-guru hanya perlu menyertainya bersama anak murid," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Persidangan Lembaga Pengelola Sekolah-Sekolah Tamil di Insitut Aminuddin Baki, Genting Highlands di sini, Ahad.

Mahdzir berkata ibu bapa kini bukan hanya ke sekolah untuk mengambil kad laporan anak-anak, sebaliknya turut terlibat secara aktif dalam kegiatan dianjurkan sekolah.

Jelasnya, kementerian sedar usaha untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan aktiviti di sekolah ini sangat mencabar dan ia diberi penekanan penting seperti yang digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. 

Menyentuh mengenai persidangan itu, beliau berkata ia amat penting dalam memberi motivasi, pemahaman dan pelan susur atur berkaitan dengan pengelolaan sekolah-sekolah Tamil di negara ini.

"Ini antara platform untuk berbincang dan melihat tanggungjawab Lembaga Pengelola Sekolah di sekolah masing-masing termasuk pentingnya penglibatan mereka dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan alumni sekolah dalam membangunkan sekolah," tambahnya.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan