Tak Salah Calon Muda Isi Sebahagian 13 Kerusi Baharu DUN Sabah - KJ

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2016 5:27 PM

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika menyaksikan pertandingan akhir acara tarik tali pada Karnival Varia-C Belia Muhibbah Kota Belud di Kampung Rampayan Laut dekat sini, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berpendapat tidak salah sekiranya sebahagian 13 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah diberikan kepada calon muda untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

Khairy berkata, peluang perlu diberikan kepada calon muda untuk menjadi pelapis pemimpin sekali gus mendapat pengalaman dan berganding bahu dengan orang lama dalam politik.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata kerajaan akan bertambah hebat jika kebijaksanaan dan pengalaman orang muda digabungkan dengan orang lama yang sekali gus membimbing, menasihati dan mengasah bakat kepimpinan orang muda.

"Bagilah peluang kepada anak muda...kenapa anak muda tidak boleh diangkat dalam pilihan raya yang akan datang.

"Bukan semua kita minta tetapi kita minta selayaknya kita untuk diberikan peluang," katanya ketika berucap pada majlis penutup Karnival Varia-C Belia Muhibbah Kota Belud di Kampung Rampayan Laut, di sini Ahad.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenaraikan cadangan pengagihan kerusi baharu DUN di Sabah merangkumi Bengkoka, Mangaris, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Dumpil, Dambai, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama dan Kukusan.

Penambahan 13 kerusi yang diluluskan Dewan Undangan Negeri pada Ogos akan menyaksikan DUN Sabah mempunyai 73 kerusi.

Dalam pada itu, Khairy berkata, calon Barisan Nasional dan UMNO berani berdepan dengan siapa sahaja dalam pilihan raya akan datang.

Dalam perkembangan lain, Khairy mahu golongan muda berani bersuara dan berfikiran kritis dalam memberi pandangan atau teguran kerana ia tidak salah tetapi biarlah pandangan atau teguran itu dapat membantu pemimpin mentadbir dan membina kerajaan yang lebih baik.

Beliau tidak bersetuju tindakan segelintir golongan muda yang membuat demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan pemimpin kerana cara itu adalah tidak demokratik dan salah dari segi undang-undang.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , DUN Sabah , Kota Belud

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan