13 Gajah Liar Rosakkan Tanaman Di Baling

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2016 9:14 PM

Sekumpulan gajah dianggarkan sebanyak 13 ekor kelihatan berkeliaran di sekitar hutan Kampung Sri Ketengga mukim Siong sejak seminggu lalu. -FotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BALING: Beberapa penduduk di kampung Sri Ketengga, Mukim Siong di sini mendakwa melihat kehadiran 13 ekor gajah liar sejak minggu lalu yang dipercayai menjadi punca kepada kemusnahan tanaman penduduk.

Seorang petani, Mohd Rosni Md Ali, 49, berkata kumpulan gajah berkenaan, terdiri daripada 10 gajah dewasa dan tiga anak gajah dikatakan semakin bertindak liar dengan memusnahkan pelbagai tanaman miliknya.

Katanya antara yang dimusnahkan gajah-gajah berkenaan adalah seperti pokok kelapa sawit seluas 4 hektar, pokok pisang dan pokok getah dengan nilai kerugian mencecah RM10,000, katanya.

"Saya dan beberapa rakan yang lain ada masuk ke kawasan hutan dan mengintai pergerakan gajah-gajah tersebut di tepi sungai, kami dapati ada 13 ekor gajah yang kelihatan," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Bagi seorang penduduk kampung, Awang Ahmad Abdullah, 55, kehadiran gajah liar tersebut amat membimbangkan malah beliau pernah melihat beberapa ekor gajah berkeliaran dalam jarak 100 meter dari rumahnya.

Justeru itu, beliau meminta pihak berwajib seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengambil tindakan segera bagi membendung masalah tersebut, misalnya melalui pemasangan pagar elektrik.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kedah Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi Bernama berkata hanya dua ekor gajah yang dipercayai berada di kawasan tersebut, bukannya 13 seperti didakwa.

Katanya pihaknya telah mengambil beberapa langkah seperti melakukan tembak halau serta menempatkan beberapa pegawai Perhilitan untuk meronda pada waktu malam.

"Masalahnya kawasan tersebut adalah kawasan hutan simpan yang telah diteroka secara haram, jadi pihak kami tidak boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Gajah Liar

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan