BN Adakan Mesyuarat Khas Bincang Persempadanan Khamis Ini - Ku Nan

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2016 4:08 PM

Tengku Adnan (tengah) bersama-sama Ketua Bahagian Umno Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (tiga,kanan) dan anggota Umno melaungkan 'Hidup Umno' selepas merasmikan Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Salak 2016, Ahad.

(Ubah saiz teks)

PASIR SALAK: Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat khas Khamis ini bagi membincangkan mengenai persempadanan semula yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, mesyuarat itu akan disertai oleh setiausaha agung parti komponen BN seluruh negara untuk membincangkan sebarang ketidakpuasan hati mereka terhadap cadangan persempadanan semula itu sebelum keputusan dibuat untuk mengemukakan bantahan kepada SPR sebelum 14 Oktober ini.

"Umno juga telah minta Badan Perhubungan Umno Negeri yang mempunyai masalah (berkaitan syor persempadanan semula) untuk mengumpulkan semua syor atau bantahan dan hasil penelitian akan diserahkan kepada SPR.

"Kalau boleh, kita minta SPR lihat semula (cadangan persempadanan) kerana beberapa bahagian Umno tidak berpuas hati, begitu juga pembangkang yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan bantahan kepada SPR," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pasir Salak di sini, Ahad. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata persempadanan semula kawasan pilihan raya merupakan perkara biasa yang dilakukan SPR setiap lapan hingga 12 tahun sekali bergantung kepada penambahan penduduk di negara ini.

Dalam pada itu, Tengku Adnan menegaskan Umno tiada kaitan dengan cadangan persempadanan semula sepertimana yang didakwa pembangkang kerana SPR merupakan badan yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti.

"Kita (Umno) tak buat (seperti dakwaan), jadi kita akan kumpul semua bantahan mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan," tegas setiausaha agung Umno itu.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan Pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

SPR sedang mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula 15 September hingga 14 Oktober.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: Umno , BN , SPR , persempadanan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan