Selangor Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Isu Persempadanan Semula

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 5:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) berhubung cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan isu diambil susulan kegagalan suruhanjaya itu menjawab isu utama yang dibangkitkan pihaknya pada Rabu lalu.

"Semalam (Jumaat), saya menerima jawapan daripada SPR yang sememangnya gagal untuk menjawab isu-isu utama yang dibangkitkan dan ia memberi gambaran bahawa mereka tidak mempunyai justifikasi untuk lakukan persempadanan semula.

"SPR mesti bertindak dengan cara yang bertanggungjawab dan mengabaikan persoalan serius mengenai perkara-perkara asas dan penting dalam sistem demokrasi.

"Berdasarkan tindakan SPR dalam surat mereka, saya dan kerajaan negeri akan mengarahkan peguam untuk melihat semua pilihan undang-undang yang ada," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , SPR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan