Calon Anugerah Emmy Beri Penghormatan Kepada Wartawan Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 10:41 AM

Poh Si Teng ketika hadir di Anugerah Emmy ke-37 di New York.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wartawan video kelahiran Pulau Pinang yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat dan tercalon dalam Anugerah Emmy untuk hasil kerjanya mengenai keganasan telah memberikan penghormatannya kepada wartawan di Malaysia.

"Saya mendedikasikannya kepada mereka di atas tugas mereka menyampaikan kisah-kisah penting dan kekuatan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia," kata Poh Si Teng.

Dokumentari yang dihasilkannya, Flirting with the Islamic State, telah dicalonkan di bawah kategori Wawancara Terbaik di Anugerah Emmy Berita dan Dokumentari yang ke-37.

Dokumentari ini yang dihasilkan tahun lalu ketika beliau sedang berkhidmat dengan The New York Times, memuatkan perbualan antara seorang gadis di luar bandar Washington State dan seorang lelaki British yang mempunyai kaitan dengan Islam radikal yang berhasrat memberikan petunjuk tentang bagaimana Negara Islam merekrut ahli baharu di seluruh dunia.

"Bagi wawancara dengan Alex (nama samaran dalam temuduga itu), hanya ada saya dan kamera, ditambah dengan beberapa suntingan video menakjubkan oleh bekas rakan sekerja saya Ben Laffin. Hanya itu sahaja. Jadi saya benar-benar tidak fikir ia akan pergi sejauh itu.

"Ia (pencalonan) datang sebagai satu kejutan besar," katanya dalam satu temu bual melalui e-mel kepada The Star.

Lebih dikenali sebagai Poh Si, anak Malaysia ini dengan bangganya telah mengenakan kebaya merah pada majlis anugerah yang diadakan di Lincoln Center, New York.

"Saya bangga memakainya kerana ia adalah sebahagian daripada identiti saya dan ia mewakili dari mana saya berasal," katanya.

Mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam bidang kewartawanan, Poh Si memulakan kerjayanya di Malaysia di The Cicak, sebuah majalah yang diasaskan beliau, sebelum beralih kepada Associated Press, NYT dan Vice Media.

Beliau kini tinggal di New York dan berkhidmat di Al Jazeera Media Network sebagai penerbit kanan.
Tags / Kata Kunci: Anugerah Emmy , Poh Si Teng , kebaya merah

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan