Pelajar Pintar Universiti Oxford Cemerlang Pelbagai Bidang

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 10:10 AM

Leroy Lim Shen Wing (kiri).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelajar pintar Universiti Oxford, Leroy Lim Shen Wing bukanlah seorang yang membosankan, identiti stereotaip kebanyakan pelajar terbaik.

Beliau sangat minat berkayak dan melakukan aktiviti angkat berat serta mewakili universiti dalam perlawanan tahunan, bersaing dengan University of Cambridge.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini merupakan pelajar terbaik kelas Kejuruteraan, Ekonomi dan Pengurusan (EEM) di universiti berprestij itu.

Shen Wing berkata beliau menerima satu satu kejutan yang indah apabila mendapat anugerah Maurice Lubbock Prize untuk prestasi terbaik keseluruhan di Honour School of EEM di universiti itu.

"Walaupun ia adalah matlamat rahsia saya, saya tidak pernah menganggapnya sebagai sesuatu yang realistik!

"Di Oxford, saya dikelilingi orang mereka yang benar-benar cemerlang, yang kebanyakannya saya anggap jauh lebih berbakat dan layak mendapat pengiktirafan ini berbanding saya sendiri.

"Dan, mendapat pengiktirafan seperti ini memang benar-benar satu kejutan!," kata Shen Wing, 22, yang merupakan ahli Kolej St John di universiti itu.

Beliau berkata, mencari keseimbangan adalah satu cabaran di universiti, terutama apabila terpaksa berdepan dengan beban tugasan.


"Dalam masa 24 jam dalam sehari, kadang-kadang mustahil untuk memuatkan waktu sosial dan aktiviti ko-kurikulum di antara waktu pembelajaran tetapi saya cepat sedar bahawa semua ini menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan.

"Meluangkan masa bersama kawan-kawan dan terlibat dalam persatuan dan kelab membantu dari segi kesihatan mental dan memastikan kesegaran otak untuk sesi pembelajaran yang sengit," katanya.


Shen Wing berkata, walaupun telah menetap di Britain sejak berusia 16 tahun, beliau masih rindukan makanan Malaysia.

"Saya menghabiskan sebahagian besar masa saya di UK dengan mencari tempat makan Malaysia yang terbaik dan menemui cabang besar kebudayaan Malaysia, terutamanya di London.

"Saya juga amat bertuah kerana dapat balik kampung sekali atau dua kali setahun jadi saya tidak berasa terlalu jauh dari rumah," katanya.

Shen Wing berkata, walaupun berbangga dengan pencapaian itu, beliau amat beruntung kerana mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan.

"Ia adalah satu penghormatan, dan, walaupun saya bangga menerimanya, saya juga mahu menghargai dan berterima kasih kepada mereka.

"Walaupun saya telah bekerja keras untuk mendapat pengiktirafan ini, saya berhutang kejayaan saya dengan ramai orang, semua guru saya, rakan-rakan saya di Oxford dan Malaysia dan sudah tentu keluarga saya," katanya.

Ditanya tentang nasihatnya kepada anak-anak muda Malaysia, beliau berkata, mereka harus bekerja keras ke arah mengejar impian.

"'Pintar' mempunyai begitu banyak maksud berbeza, pintar akademik, pintar di jalanan, pintar muzik dan sebagainya," katanya.

Setelah kecintaannya dalam bidang masakan 'bangkit' di universiti, beliau telah mendaftar kursus kulinari secara sambilan selama tiga bulan di London.


Pada Mac 2017, beliau akan mula bekerja sebagai perunding strategi di London.
Tags / Kata Kunci: Leroy Lim Shen Wing , EEM , University Oxford

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan