Pandangan Malaysia Mengenai Konflik Syria Diterima Baik PBB - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 9:27 AM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap melalui telefon bimbit ketika ditemubual dalam rancangan bual bicara 'Landskap' terbitan RTM, Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima baik pandangan dan keprihatinan Malaysia terhadap konflik berdarah di Syria, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain anggota Majlis Keselamatan, timbalan perdana menteri berkata pandangan Malaysia tersebut turut diterima baik oleh pemimpin-pemimpin negara yang terlibat dalam proses mencari penyelesaian di negara bergolak itu.

Justeru, katanya, ini membuktikan negara kecil seperti Malaysia turut mempunyai peranan penting dalam memberi pandangan dan cadangan bagi mencari penyelesaian berkekalan di negara tersebut.

Ahmad Zahid, yang kini sedang berada di New York, berkata demikian ketika ditemu bual secara langsung melalui program 'Landskap' terbitan RTM di sini, malam Jumaat.

Pada Khamis, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, telah menyampaikan ucapannya pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Mengenai Situasi di Syria pada Majlis Keselamatan PBB.

Mengulas mengenai pandangan segelintir pihak tentang keperluan negara  memberi perlindungan kepada 3,000 pelarian Syria, beliau menegaskan bahawa tindakan itu dilakukan atas nama kemanusiaan dan demi menterjemahkan komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata jumlah tersebut adalah kecil berbanding 1.5 juta pelarian Syaria di Lubnan dan ratusan ribu lagi yang sedang berlindung di negara-negara Kesatuan Eropah.

Katanya, langkah tersebut bukan sesuatu perkara yang baharu tetapi satu tindakan Malaysia yang konsisten selepas pernah memberi perlindungan kepada 300 warga Bosnia yang satu ketika dahulu negara mereka mengalami konflik yang sama.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan