Najib Mahu Puteri Umno Galas Amanah Perkasa Wanita Muda

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 3:38 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Presiden Umno dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, menghadiri Festival Wanita Muda anjuran Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Puteri Umno menggalas tanggungjawab untuk menyakinkan generasi muda bahawa wadah perjuangan parti itu adalah yang terbaik untuk mereka dan negara.

Najib yang juga Presiden Umno berkata satu lagi tanggungjawab penting yang perlu digalas pergerakan itu ialah menyediakan wanita bagi menghadapi cabaran masa depan.

"Saya selaku Presiden Umno mahu supaya Puteri Umno terus berjuang bersungguh-sungguh supaya generasi muda, wanita muda akan mengganggap bahawa wadah perjuangan yang paling baik untuk mereka dan negara adalah wadah perjuangan yang dipelopori oleh parti Umno dan Barisan Nasional."

"Maknanya, ini tugas Puteri...menyakinkan generasi muda agar faham mengapa wadah kita adalah terbaik, mengapa kita ada agenda pembangunan transformasi, kenapa belah sana hanya main politik kebencian, politik memburukkan orang lain, tetapi mereka tidak ketengahkan agenda mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Wanita Muda anjuran Pergerakan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Najib berkata kerajaan sebaliknya mempunyai perancangan dan agenda yang lebih baik untuk pembangunan negara.

"Bila memburukkan orang lain itu senang walaupun itu dosa yang besar tetapi pada kita, mesti fikir memburukkan orang lain itu tidak membawa ke mana-mana.
Kita mempunyai agenda yang lebih baik demi pembangunan negara," katanya.

Selain itu, katanya golongan wanita juga perlu dilengkapi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam menghadapi cabaran masa depan.

"Kita mesti menyiapkan generasi muda, maknanya kita melangkaui soal politik, kita lebih idealisme daripada soal nak mendapatkan undi sahaja.

"Tetapi tugasan kita menyediakan wanita muda menghadapi segala cabaran masa depan dengan kita memberi kekuatan ilmu, kerohanian, kemahiran insani, kepimpinan, rangkaian dan segala-galannya kita sertakan untuk melahirkan generasi muda yang sahut cabaran masa depan," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata kejayaan beberapa ikon wanita muda sejak dahulu hingga kini boleh dijadikan inspirasi bagi melahirkan lebih ramai ikon wanita termasuk dalam kalangan wanita muda.

Beliau berkata kejayaan atlet paralimpik negara meraih tiga pingat emas dan satu gangsa dalam temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini wajar dijadikan contoh bagi golongan wanita muda mencapai kejayaan.

"Semasa saya dan isteri menerima kontinjen Paralimpik Rio dua hari lepas, saya lihat mereka ini ada kekurangan dan semua itu takdir Ilahi.

"Tetapi, mereka tidak ada sikap untuk hidup dalam keadaan merasakan mereka ditimpa musibah sehingga mereka rasa mereka dalam keadaan 'self sympathy' pada diri dan anggap mereka tidak berguna kepada masyarakat," katanya.


Beliau berkata sikap positif dan keazaman untuk berjaya telah membawa atlet paralimpik itu mencapai impian mereka.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan