Nadi Kendali Bas Sekolah Percuma Kepada Anak Penghuni PRR

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 4:40 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor (dua, kiri) beramah mesra dengan para penerima kunci Apartmen Seri Ceria 1 dan 2 pada majlis penyerahan kunci kepada warga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan sedang berbincang dengan syarikat operator bas Nadi bagi mengendalikan perkhidmatan bas percuma kepada anak-anak penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara bermula tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pengoperasian bas itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat itu dengan kosnya ditanggung sepenuhnya oleh kementerian.

"Sekiranya bersetuju, bas-bas sekolah percuma itu akan diselaraskan dengan warna dan tema tertentu khusus untuk kegunaan anak-anak penghuni PPR sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci Apartment Seri Ceria 1 dan 2 kepada warga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, Sabtu.

Katanya selain itu, perkhidmatan bas percuma ke stesen-stesen tren juga akan turut dibincangkan dengan operator bas itu bagi kemudahan penghuni-penghuni PPR.

Sementara itu, DBKL telah menawarkan sebanyak 632 unit rumah kos rendah di Blok G dan H PPR Pinggiran Bukit Jalil yang diberi nama Apartment Seri Ceria kepada kakitangan yang layak bagi membantu mereka mendapatkan kediaman mampu milik.

Terdahulu, Tengku Adnan dalam ucapan perasmiannya berkata sehingga kini, sebanyak 522 unit telah ditawarkan kepada pembeli melalui sumber pembiayaan pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam, Pinjaman Bank dan Tabung Simpanan KWSP.

"DBKL juga telah menetapkan harga rumah tersebut pada RM42,000 seunit dengan keluasan 650 kaki persegi yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air.

"Pemilihan unit kepada kakitangan DBKL ini telah dibuat secara undian dan seterusnya surat tawaran dikeluarkan pada Ogos lepas," katanya.

Katanya selain itu, projek perumahan yang telah dijual kepada kakitangan DBKL sehingga kini ialah di Apartment Mutiara Magna, Kepong sebanyak 330 unit dan Apartment Warisan City View, Jalan Cheras sebanyak 144 unit.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata 12 parkir bertingkat PPR yang bakal siap pada tahun depan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau, dewan komuniti, kedai runcit dan medan selera bagi keselesaan penghuni.

Projek yang keseluruhan bernilai RM408 juta itu melibatkan PPR Pekan Kepong, PPR Intan Baiduri, PPR Raya Permai, PPR Seri Pantai, PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Hiliran Ampang Taman Mulia, PPR Desa Tun Razak, PPR Desa Petaling, PPR Semarak, PPA Desa Rejang, Seri Kota dan Seri Sabah.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan