Tubuh Akademi Pemikir Bangunkan Kelantan

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 7:24 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan dan Persekutuan diminta bekerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi menubuhkan sebuah akademi pemikir bagi membangunkan negeri ini.

Tengku Mahkota Kelantan yang juga Pro-Cancelor UMK, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bertitah anggota akademi tersebut harus terdiri daripada profesor dan pakar dari UMK, kerajaan negeri dan persekutuan.

"Kerjasama itu bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan di Kelantan, di samping mengenal pasti hala tuju dan peluang untuk membangunkan negeri ini," titah baginda ketika merasmikan Istiadat Konvokesyen UMK Ke-6 di sini, Sabtu.

Baginda bertitah antara isu yang perlu diberi perhatian untuk diselesaikan oleh akademi itu adalah bekalan air bersih, banjir, pengurusan sampah, alam sekitar, sosioekonomi masyarakat luar bandar dan penyalahgunaan dadah.

Kewujudan UMK memberi impak yang besar kepada negeri Kelantan dalam pembangunan insan dan masyarakat, menjana ekonomi, sektor pertanian, pendidikan dan pembangunan wilayah, titah baginda.

"Sehubungan itu beta ingin melihat impak yang lebih besar dalam pelbagai sektor. UMK memerlukan strategi yang lebih menyeluruh dan dinamik," titah baginda.

Seramai 1,766 graduan daripada empat fakulti akan menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen selama empat hari mulai hari ini.

Pada istiadat itu, baginda berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Warisan) kepada Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Melaysia Tan Sri Dr Rais Yatim.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan