AAM Berdepan Krisis

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 11:28 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Automobil Malaysia (AAM), sebuah badan permotoran utama di negara ini mungkin akan gulung tikar.

Dengan ramai pekerjanya tidak dibayar gaji sejak beberapa bulan lalu, ia sedang bergelut dengan krisis hutang, dikatakan berjumlah kira-kira RM6 juta.

Ditubuhkan pada tahun 1932, AAM telah menjadualkan mesyuarat agung khas pada 3 Oktober ini untuk pelan penyelamatan yang akan melibatkan penjualan bangunan di Shah Alam.

"Kami mendengar bahawa bayaran tempahan 10 peratus telah dibayar untuk bangunan itu," kata seorang pegawai AAM, yang mendedahkan harga jualan RM7.5 juta telah ditetapkan.

Beliau berkata lebih memburukkan keadaan apabila ahli-ahli telah mendesak bayaran balik yuran tahunan yang telah dibayar.

AAM mengenakan yuran tahunan prinsipal sebanyak RM60 dan RM30 untuk ahli tambahan. Kumpulan dan keahlian individunya dikatakan berjumlah kira-kira 300,000.

Selain memberi perkhidmatan 24 jam kepada kenderaan rosak, AAM juga membantu dalam mengeluarkan nota lindungan insurans kenderaan dan mengendalikan pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan.

Ia bergabung dengan 133 persatuan permotoran di 102 negara, termasuk Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

Pegawai itu berkata perkhidmatan yang ditawarkan oleh badan itu menjadi tenat 'kerana tidak ada individu dari mana-mana 16 pusat kerosakan yang melayan panggilan."

"Ini kerana kakitangan tidak dibayar itu tidak datang berkerja," katanya, sambil menambah kira-kira 100 pekerja masih datang berkerja secara tetap dengan harapan mereka akan dibayar gaji.

Walaupun dalam keadaan pengurusan yang suram, beliau berkata masih ada pengguna jalan raya yang mendaftar atau memperbaharui polisi insurans dan yuran keahlian kerana mereka masih menaruh kepercayaan terhadap badan ini.

Seorang ahli lama AAM yang hanya mahu dikenali sebagai Jason, berkata tiada siapa yang menjawab panggilannya apabila beliau cuba mendapatkan bantuan terhadap keretanya yang rosak pada Sabtu.

"Saya tak sangka mereka berdepan krisis. Saya harap MAA akan menyelesaikannya segera kerana ia telah menjadi sebuah badan yang boleh dipercayai untuk beberapa dekad," katanya.

Pengurus Besar AAM Eugene Tay enggan mengulas ketika dihubungi, sebaliknya meminta pertanyaan bertulis.

Menurut laporan tahunan AAM, badan itu telah mencatatkan kerugian sejak 2008, dengan defisit paling besar pada tahun 2010 (RM2.9 juta) dan 2013 (RM2.15 juta).

Pada 17 Ogos, kakitangan AAM yang terjejas telah mengadakan tunjuk perasaan di luar ibu pejabat mereka di Shah Alam bagi menuntut gaji.
Tags / Kata Kunci: AAM , krisis , hutang gaji

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan