Wartawan Malaysia Pilih Kebaya Merah Di Anugerah Emmy

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 10:03 AM

Poh Si Teng

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wartawan Malaysia, Poh Si Teng kelihatan memukau dengan kebaya merahnya ketika lalu di permaidani merah acara tahunan Anugerah Emmy (Berita & Dokumentari) yang ke-37 di New York, Rabu.

Si Teng, yang sebelum ini merupakan penerbit dan wartawan video untuk The New York Times (NYT), telah menyiarkan gambarnya berbaju kebaya di atas permaidani merah di laman Facebooknya, Khamis.

Dokumentari yang dihasilkan beliau, Flirting With the Islamic State telah dicalonkan untuk Anugerah Emmy dalam kategori Temuramah Cemerlang.

Walaupun dokumentari tersebut gagal menang anugerah, Si Teng tetap mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sokongan kepadanya di Facebook.

"Saya berasal dari Pulau Pinang, Malaysia, dan apabila saya mula menceburi bidang kewartawanan, berfikir untuk melakukan bentuk laporan seperti ini saya lihat sebagai di luar jangkaan," katanya.

Si Teng yang kini bekerja sebagai penerbit kanan di Al Jazeera, juga mengucapkan terima kasih kepada mentor dan bekas rakan-rakannya atas bimbingan mereka dan berjanji untuk terus menghasilkan lebih banyak dokumentari.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan